6 Oct 2010

Pemenang Hadiah Nobel Kesusasteraan

Penerima Hadiah Nobel Kesusasteraan 2010 akan diumumkan secara rasmi di Stockholm, Sweden pada 7 Oktober 2010.
.

Setiausaha Tetap Akademi Sweden, Peter Englund berkata, keputusan hanya akan diumumkan selepas undian rasmi oleh 16 ahli akademi berkenaan.

.

“Tahun ini, pemenang akan menerima hadiah bernilai AS$1.49 juta (RM4.6 juta),” katanya pada 1 Oktober 2010.

.

Antara sasterawan yang disebut-sebut mungkin terpilih tahun ini ialah Tomas Transtromer (Sweden), Adam Zagajewski (Poland), Ko Un (Korea Selatan) dan Adonis (Syria).

.

Sejak diperkenalkan pada 1901, sejumlah 109 sasterawan diiktiraf penerima Hadiah Nobel Kesusasteraan. Berikut senarai penerima 1990-2009 seperti disiarkan di akhbar Sinar Harian pada 5 Oktober 2010:

.
1990 – Octavio Paz (Mexico)
1991 – Nadine Gordimer (Afrika Selatan)
1992 – Derek Walcott (Saint Lucia)
1993 – Toni Morrison (Amerika Syarikat)
1994 – Oe Kenzabura (Jepun)
1995 – Seamus Heaney (Ireland)
1996 – Wislawa Szymborska (Poland)
1997 – Dario Fo (Itali)
1998 – Jose Saramago (Portugal)
1999 – Gunter Grass (Jerman)
2000 – Gao Xingjian (Perancis)
2001 – V S Naipaul (Britain)
2002 – Imre Kertesz (Hungary)
2003 – J M Coetzee (Afrika Selatan)
2004 – Elfriede Jelinek (Austria)
2005 – Harold Pinter (Britain)
2006 – Orhan Pamuk (Turki)
2007 – Doris Lessing (Britain)
2008 – J M G Le Clezio (Perancis)
2009 – Herta Muller (Jerman)
2010 - Keputusan DI SINI
.
Hadiah Nobel diberikan kepada tokoh dalam kategori fizik, kimia, perubatan, sastera dan keamanan menurut wasiat yang ditinggalkan oleh Alfred Nobel (21 Oktober 1833 - 10 Disember 1896).
.

Berikut pula penerima Hadian Nobel Keamanan (1990-2009) seperti disiarkan di akhbar Sinar Harian pada 6 Oktober 2010:

.

1990 – Mikhail Sergeyevich Gorbachev (Rusia)

1991 – Aung San Suu Kyi (Myanmar)

1992 – Rigoberta Menchu Tum (Guatemala)

1993 – Nelson Mandela (Afrika Selatan) & Frederik Willem de Klerk (Afrika Selatan)

1994 – Yasser Arafat (Palestin), Yitzhak Rabin 9Israel) & Shimon Peres (Israel)

1995 – Joseph Rotblat (Britain)

1996 – Carlos Filipe Ximenes Belo (Timor Timur) & Jose Ramos-Horta (Timor Timur)

1997 – Jody Williams (Amerika Syarikat)

1998 – John Hume (Britain) & David Trimble (Britain)

1999 – Medecins Sans Frontieres (Switzerland)

2000 – Kim Dae Jung (Korea Selatan)

2001 – Kofi Annan (Ghana)

2002 – Jimmy Carter (Amerika Syarikat)

2003 – Shirin Ebadi (Iran)

2004 – Wangari Muta Maathai (Kenya)

2005 – Mohamed El Baradei (Mesir)

2006 – Muhammad Yunus (Bangladesh)

2007 – Al Gore (Amerika Syarikat)

2008 – Martti Ahtisaari (Finland)

2009 – Barack Obama (Amerika Syarikat)