Cadangan memulakan ruangan kecil bertajuk “Sastera di Sana Sini” dalam akhbar Sinar Harian telah saya kemukakan semasa mesyuarat editorial pada 15 Jun 2010 dan melalui e-mel pada 17 Jun 2010 kepada pihak pengurusan.
.
Sementara menanti keputusan positif daripada pihak pengurusan, saya memutuskan untuk menggunakan Blog Kavyan bagi mengendalikan ruangan berkenaan bermula 4 Julai 2010. Mengapa perlu ditangguhkan sesuatu yang boleh dilakukan dengan segera?
.
Sila KLIK DI SINI untuk maklumat lanjut dan harap sudi sebarkan juga maklumat ini kepada mana-mana pihak berkaitan.