5 Jan 2024

Reaksi Anak Bunian – Anuradha Chelliah

Saya sebenarnya kurang berminat membaca cerita-cerita sebegini, namun saya rasa cerpen Anak Bunianada sesuatu (cangkuk naratif) yang dapat menarik minat pembaca. Sebagai seorang pembaca beta”, saya tertarik apabila watak Opah (nenek) memberitahu cucunya (“Saya”) yang dia sebenarnya anak bunian. Agak pelik bagi saya. Ini yang membuatkan saya mahu meneruskan pembacaan – Bagaimana cucunya boleh menjadi anak bunian?

Maklumat-maklumat yang dinyatakan mengenai orang bunian dapat menyakinkan pembaca bahawa orang bunian ini benar-benar wujud. Penyampaian Opah dan penceritaan orang kampung sedikit sebanyak memberi keyakinan kepada pembaca. Setiap unsur yang dinyatakan memberi sedikit kebenaran bahawa dunia bunian ini benar-benar wujud dan mereka dapat berinteraksi dengan manusia untuk mewujudkan hubungan kekeluargaan.

Bahagian “laporan berita di akhbar” (Mac 1953 dan Julai 1959) yang dimasukkan dalam cerpen ini seakan-akan cerita sebenar sebab tempat-tempat yang dinyatakan memang wujud. Unsur-unsur atau kisah-kisah seperti itu yang dilaporkan dalam akhbar kerap juga saya dengar semasa bersembang dengan rakan-rakan. Jadi, pada pengamatan saya, laporan berita akhbar itu mungkin benar dan dimasukkan dalam cerpen ini untuk menyakinkan para pembaca, selain memberi unsur daya tarikan kepada para pembaca.

Patutkah watak utama (“Saya”) meneruskan usaha untuk mencari maklumat tentang orang bunian? Saya rasa, memang patut kerana tindakan itu akan membantu “Saya” memahami kehidupan orang bunian dan apakah sebenarnya kaitan orang bunian dengan manusia.

Pelbagai persoalan timbul dalam diri saya sebagai pembaca beta apabila meneliti petikan awal cerpen ini. Misalnya, mengapakah orang bunian berminat dengan manusia? Mengapakah watak “guru agama” dalam cerpen ini tidak dapat menghentikan apa yang dilakukan oleh orang bunian? Mengapakan tiada penyelesaian kepada kes-kes melibatkan orang bunian yang pernah berlaku sebelum ini? Mungkin watak “Saya” akan dapat mencari penyelesaian untuk semua persoalan itu.

Pada firasat saya, watak “Saya” akan mendapat jawapan kepada segala persoalan di atas atau dia mungkin akan mendapatkan bantuan orang bunian untuk menyelesaikan masalah yang sedang berlaku sesama manusia di dunia. Kuasa ajaib orang bunian akan digunakan oleh watak “Saya” untuk tujuan yang baik. Mungkin ya, mungkin tidak.

[Anuradha Chelliah berasal dari Banting, Selangor. Beliau mendapat pendidikan rendah dan menengah di tempat kelahiran sebelum meneruskan pengajian dalam jurusan Sarjana Muda Pembangunan Manusia dan seterusnya Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Universiti Putra Malaysia (UPM). Anuradha aktif menulis sejak tahun 2016 dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris. Karya beliau termuat dalam pelbagai antologi seperti Busana Bahasa (2019), Landasan Hidup (2020), Peluru Aksara (2020), dan Lakaran Diri (2022). Anuradha merupakan bendahari Pertubuhan Sasterawan Kaum India (Kavyan). Tulisan beliau di portal Sastera Kavyan boleh dibaca di sini.]

Baca juga reaksi mereka — [Komen M. Mahendran] – [Komen Murali Mohan] – [Komen VK Ezhilarasi] – [Komen Rushida Abdul Wahid] – [Komen Rupa Subramaniam] – [Komen Malini Lakshmi Bai] – [Komen Razlina Razali


Reaksi pembaca beta bagi “Guruji dari Jaisalmer” – [Komen Malini] – [Komen Sri Vignaraajah] – [Komen Mahendran] – [Komen Ezhilarasi] – [Komen Thivyajayanthi] – [Komen Jeffry] – [Komen Anuradha]