Prime Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob took the opportunity to
clarify that it is not “Bahasa Malaysia”
that Malaysia wishes to promote as the language of Asean, but “Bahasa Melayu”
(Malay language), which was also used in other countries in Asean.
“Some did not understand, they thought that we want to elevate Bahasa
Malaysia as the Asean language, some of our friends from neighbouring countries
criticised us but maybe because they have misunderstood,” he explained. (source)
“Tukar
sahaja nama itu dari[pada] ungkapan Bahasa Melayu kepada Bahasa Malaysia. … Saya
tidak faham mengapa terlalu taksub pada [istilah] bahasa Melayu. … Apa salahnya kita gunakan
Bahasa Malaysia, keputusan itu sudah dibuat Kabinet pada 2007,” kata Dr
Kamaruddin M. Said, Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Negara (MPN). (sumber)
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan,
tidak pernah terlintas di fikiran kerajaan untuk menjadikan Bahasa Malaysia
sebagai bahasa ASEAN.
Sebaliknya, jelas Perdana Menteri, hasrat
yang ingin dirintis beliau ialah menjadikan bahasa Melayu yang turut diguna
pakai di beberapa negara jiran sebagai bahasa pengantar. (sumber)
Maka, sudah terbukti bahawa “Bahasa Malaysia”
dan “bahasa Melayu” adalah dua bahasa yang berlainan. Bukan saya cakap! Apa-apa
pun, harap maklum bahawa bahasa yang saya gunakan ialah Bahasa Malaysia, bukan bahasa Melayu. [Baca makalah penuh]
“Kerajaan
tidak akan berganjak dengan keputusan menjadikan Bahasa Malaysia
bahasa pengantar sepenuhnya di semua sekolah dalam [mulai] 1982, tegas Pemangku Perdana
Menteri, Tun Hussein Onn” (Utusan
Malaysia, 8 September 1973). Inilah Bahasa Malaysia yang saya gunakan sejak lahir.
“Perdana
Menteri Tengku Abdul Rahman, pada 21 October [1966] mengusulkan supaya Bahasa
Kebangsaan ditukarkan sebutannya kepada Bahasa
Malaysia. Istilah Bahasa Melayu kurang membawakan pengertian harmoni” (Berita Harian, 1 November 1966). Inilah juga
pegangan saya sejak lahir.
Tentu sahaja kenyataan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom disambut dengan reaksi negatif oleh kebanyakan “tokoh” yang diundang ke mesyuarat berkenaan. [BACA DI SINI]
Bagaimanapun, terdahulu, semasa sesi perkongsian idea dan pandangan, saya mewakili Kumpulan Sasterawan Kavyan menegaskan bahawa penggunaan istilah “Bahasa Malaysia” adalah betul, benar dan sah; seperti yang saya tegaskan sejak dahulu. [BACA DI SINI]
Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Dato’ Haji Termuzi Adul Aziz juga pernah mengeluarkan kenyataan tidak rasmi bahawa pihak DBP [kembali] menerima penggunaan istilah “Bahasa Malaysia”. Kenyataan rasmi beliau pula boleh dibaca DI SINI. Pengesahan rasmi DBP pada Julai 2012 pula boleh dirujuk DI SINI.
Apabila ke Kedai Koperasi DBP pada 16 Mac 2010, saya sempat melihat buku-buku teks sekolah rendah terbitan DBP yang kembali menggunakan “Bahasa Malaysia”.
Malah, saya menyelak majalah Dewan Pelajar dan Dewan Siswa keluaran Januari, Februari dan Mac 2010 lalu mendapati penggunaan semula istilah “Bahasa Malaysia” – paling nyata pada sisipan khas di kedua-dua majalah berkenan.
Segera saya teringat akan kata-kata saya kepada Dr Chong Fah Hing pada 22 Mac 2002: “Akan tiba masa apabila mana-mana pihak yang menafikan kewujudan istilah Bahasa Malaysia serta cuba menghalang hak saya menggunakan istilah berkenaan benar-benar menyesal atas kebodohan tindakan mereka!” [BACA DI SINI]
Dalam pada itu, sebelum ini, majalah e-baca dan e@siswa terbitan Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd menggunakan istilah “Bahasa Malaysia” tetapi sejak hampir setahun lalu, saya dapati majalah-majalah berkenaan tidak [lagi] menggunakan istilah “Bahasa Malaysia”.
Namun, saya optimis bahawa perubahan akan berlaku dalam masa terdekat. [Nota: Bermula Mei 2010, pembetulan sudah dilakukan. Terima kasih.]
Latar belakang Bahasa Malaysia boleh dibaca DI SINI manakala kaitan antara isu bahasa dan Peristiwa 13 Mei 1969 boleh dibaca DI SINI.
Sudilah juga membaca catatan berikut: "Bukan Badut Paul Lathic", "Pelacur Bahasa", "Kolumnis Yang Tidak Tahu Bahasa", "Sajak Bahasa dan Bahasa Sajak", "Pertanyaan yang Memalukan", "Akulah Pembunuh Bahasa", "Bahasa Malaysia di Facebook", "Kaum India dan Bahasa Malaysia", "Perpaduan Melalui Bahasa Kebangsaan", "Bahasa Melayu, Bahasa Malaysia", "Mak Cik dan Bahasa Malaysia", "Dirgahayu Bahasa Malaysia", "Satu Bahasa, Pelbagai Budaya", "Saya Bukan Penulis Tamil", "Pejuang Bahasa Malaysia", "Bahasa Malaysia, Bahasa Ibunda Saya", "Pelajarilah Bahasa", "Dirgahayu Bahasa Malaysia", "Bulan Bahasa Kebangsaan" dan "Mandarin Twist".
Pada Jun 2015, muncul dakyah "menghapuskan" Bahasa Malaysia. Saya menulis mengenainya dalam makalah ini: Dirgahayu Bahasa Malaysia!