Kepada
rakan-rakan yang mahu menulis komen bagi mana-mana catatan status, pautan atau
foto di laman Facebook saya, sila semak apa yang
ditulis itu dengan teliti sebelum dipaparkan. Sejak awal, saya berusaha
memastikan tidak ada mana-mana bahasa “dibunuh” di laman Facebook saya. (Sedikit kelonggaran diberikan apabila
anda mengirimkan mesej peribadi kepada saya memandangkan komunikasi hanya
melibatkan anda dan saya; bukan dipaparkan kepada umum.) Kerjasama anda amat
diharapkan dan dihargai. – Uthaya Sankar SB pada 8 Mei 2013.
Selewat-lewatnya sejak Januari 2010, apabila seseorang menambah saya sebagai “rakan” di Facebook, saya akan mencatat makluman berikut pada halaman mereka:
“Terima kasih. Selamat bertemu di ruang siber. Biar saya maklumkan sejak awal: Saya tidak akan melayan sesiapa yang tidak tahu (atau tidak mahu) menggunakan Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Tamil atau Bahasa Mandarin yang betul apabila berkomunikasi dengan saya menerusi Facebook. Saya tidak mahu kes seperti http://uthayasankarsb.blogspot.com/2010/01/i-don-need-any-eng-class.html dan http://uthayasb.blogspot.com/2010/05/facebooks-funny.html berulang.”
Perkara sama saya lakukan pada 19 Julai 2010 apabila seorang individu menambah saya sebagai “rakan”. Anehnya, seorang individu lain – yang juga “rakan” saya di Facebook – mencatatkan komen berikut di bawah makluman saya:
Jawapan saya: “Kenapa tidak Bahasa Malaysia?”
Lalu dijawabnya: “Sebab bahasa Melayu. Asalnya bahasa Melayu. Bukan bahasa Malaysia. Siapa yang pandai-pandai ubah bahasa Malaysia?”
Nasihat saya: “Rujuk sejarah.”
Dibalasnya: “Sudah dirujuk. Bahasa Melayu. Bukannya bahasa Malaysia.”
Reaksi saya: “Tahniah!”
Sebenarnya, saya tidak sampai hati mahu mengucapkan “takziah” kepada individu berkenaan yang ternyata buta sejarah dan takut bayang-bayang. Setahu saya, beliau warganegara Malaysia serta pandai menulis dan membaca.
Kisah ini turut mengingatkan saya pada satu lagi kisah lama; iaitu tuduhan “Uthaya buta sejarah” pada Disember 2009. Nampaknya sentiasa ada “badut” (selain Badut Paul Lathic) yang hadir secara sukarela untuk menceriakan hidup kita.
Dirgahayu Bahasa Malaysia; walaupun “golongan tertentu” masih buta sejarah!
Nota: Individu yang mengemukakan soalan-soalan yang "kurang bijak" itu kemudian memutuskan untuk tidak lagi menjadi rakan saya di Facebook dan di alam nyata dengan alasan "Uthaya/Kavyan adalah anti-Melayu dan anti-bahasa Melayu". Biarkan Luncai dengan labu-labunya! Lihat sifir mudahnya DI SINI.
Nota: Individu yang mengemukakan soalan-soalan yang "kurang bijak" itu kemudian memutuskan untuk tidak lagi menjadi rakan saya di Facebook dan di alam nyata dengan alasan "Uthaya/Kavyan adalah anti-Melayu dan anti-bahasa Melayu". Biarkan Luncai dengan labu-labunya! Lihat sifir mudahnya DI SINI.