7 Jan 2026

Siapa Bunuh Veer Singh? – Kumpulan Fiksyen Bahasa Malaysia




“Saya menulis bukan untuk memuaskan sesiapa, tetapi untuk menggalakkan pembaca berfikir.” – Uthaya Sankar SB (Sin Chew Daily, 8 Februari 2026)

Cerpen dalam buku baharu ini belum pernah terbit dalam bentuk buku. Ada yang terbit di portal dalam talian (online) dan ada karya baharu yang belum tersiar di mana-mana. Jika anda sudah membaca buku seperti Cerpen (2024) dan Sebelas Amanat Swamiji (2025), maka anda tahu gaya – dan keberanian – penulisan saya.


Judul: Siapa Bunuh Veer Singh? [diumum pada 14 Februari 2026]

Kategori: Kumpulan Fiksyen, Cerpen, Cereka

Bahasa: Bahasa Malaysia

ISBN: 978-629-95971-1-7 [diterima pada 11 Februari 2026]

Penulis: Uthaya Sankar SB

Tarikh terbit: April 2026 [jangkaan]

Tebal: 240 halaman [termasuk prelim]

Jumlah cetakan: 500 naskhah sahaja

Prakata: [petikan - akan datang]

Harga pasaran: RM30 [tidak termasuk kos penghantaran]

Senarai penyumbang: [rujuk di sini]


Seperti biasa, saya mendapat sokongan dalam bentuk sumbangan modal sosial (social capital) daripada rakan-rakan budiman sehingga 15 Mac 2026 (10:00 malam) untuk membantu menampung sebahagian kos mencetak buku kumpulan cerpen ini.



Nama para penyumbang modal sosial didokumentasi secara kekal di dalam buku dan di blog sebagai tanda penghargaan; selain para penyumbang menerima naskhah buku sebaik terbit—sebelum buku mula dijual kepada orang ramai pada harga pasaran (mulai April 2026).

Social capital refers to the structure and quality of social relationships and constitutes a positive product of social interactions that can be a source of benefits for individuals, social groups, and the society as a whole.

Fahami konsep “collective resource, goodwill, mutual sympathy, network of family and social relation to promote knowledge and abilities” di bawah Teori Modal Sosial di sini.


[Promosi di Facebook] – [Promosi di Instagram] – [Promosi di X]


Terdapat 17 cerpen dalam buku ini:

1. “Apa dalam Guni, Sekuntum …”

2. “Berani Kau Hina *abi!”

3. “Chellam Akka

4. “Demi Sebuah Keampunan”

5. “Di Pesisir Pantai Lanka”

6. “Katak dari Bawah Tempurung”

7. “Malam Pertama”

8. “Memorandum Tentang Bible Menyimpang

9. “Mendayung di Lautan Berdarah”

10. “Misi Membunuh Krishna di Kurukshetra”

11. “Pesta Mandi Prashamsaneeji”

12. “Posmen Kampung Durian

13. “Samsara dan Dharma

14. “Sejarah Tiga Ribu Tahun Yahudi dan Babi

15. “Siapa Bunuh Tan Chai Hoey?”

16. “Siapa Bunuh Veer Singh?

17. “Toyol Pak Darus


 

Senarai penyumbang modal sosial bagi projek buku sebelum ini boleh dirujuk [di sini] dan juga dalam setiap buku terbabit.

Sila hubungi saya menerusi WhatsApp 011–11411952 atau e-mel uthayasb@gmail.com jika ada sebarang pertanyaan atau cadangan membina.