Pengenalan
Sesi
Penulisan Intensif (SPI) pernah dianjurkan dengan penuh jaya pada 15-16
Disember 2018, 23-24 Mac 2019, 2 Jun 2019, 10-11 Ogos 2019, dan 9-10 November
2019 [rujuk
di sini]. Bengkel Penulisan Intensif (BPI) pula berjaya dikendalikan
di Taiping, Perak pada 15-17 Disember 2023 [rujuk di sini], di Bandar Pinggiran
Subang, Selangor pada 2-3 Mac 2024 [rujuk di sini], dan di Putrajaya pada
8-9 Jun 2024 [rujuk di sini]. Karya yang terhasil
dimuatkan dalam antologi seperti Lakaran Diri (2022) dan Seruling
Malam (2024).
Bengkel Penulisan “One-Off” di Puchong
Bengkel penulisan
kali ini dirancang sebagai kesinambungan kepada pelbagai usaha yang dinyatakan
di atas. Ini merupakan bengkel terakhir untuk tahun 2024. Sebuah rumah inap (homestay) di Puchong, Selangor akan ditempah dan dibayar oleh Uthaya. Pengisian bengkel
meneruskan model dan modul yang digunakan pada SPI dan BPI kerana terbukti
benar-benar berjaya dalam memastikan peserta menghasilkan karya bermutu.
Tumpuan kali ini kepada penulisan cerpen
(cerita pendek) atau cereka (cerita
rekaan).
Tarikh
Bermula – 28 September 2024 (Sabtu)
Tamat – 29 September 2024 (Ahad)
(Ini
bengkel terakhir untuk tahun 2024)
Rujuk atur
cara untuk perincian sesi bengkel
Peserta
Bengkel
Penulisan “One-Off” di Puchong dirangka bagi peserta dewasa dan peserta remaja
(minimum 17 tahun) yang meminati bidang penulisan cerpen (cerita pendek) atau cereka
(cerita rekaan). Jumlah peserta dihadkan kepada lima (5) orang sahaja supaya pembimbing (1 orang) boleh memberi tumpuan peribadi kepada setiap peserta. Keutamaan
diberi kepada peserta pelbagai kaum yang mahu mendapatkan bimbingan secara intensif
dan lebih mendalam dalam penulisan karya Bahasa Malaysia. Individu yang sudah
bergelar “pembimbing bengkel penulisan” tidak diterima sebagai peserta.
Bahasa
Bengkel dikendalikan
dalam Bahasa Malaysia. Karya yang dihasilkan juga
dalam Bahasa Malaysia. Peserta perlu mampu berkomunikasi menggunakan Bahasa
Malaysia. Individu yang tidak tahu, tidak mahu, atau berpura-pura tidak tahu
berkomunikasi menggunakan Bahasa Malaysia diingatkan supaya tidak menyertai
mana-mana program anjuran Kavyan. Individu yang tidak tahu menggunakan tanda
baca, imbuhan, ejaan, dan kata sendi dengan betul dinasihati tidak mendaftar
sebagai peserta kerana ini bukan bengkel tatabahasa.
Baca juga —
[Saspens dalam Cerpen] — [Twist dalam Cerpen] — [Plot Twist dalam Cerpen] — [Menulis Intro Cerpen] — [Menulis Ayat Pertama] — [Petua
Menulis Cerpen] — [Menulis Cerpen Berbobot]
Rangka Atur Cara
Perincian
dan jadual lengkap akan diberi kepada peserta berdaftar sahaja. Peserta perlu
mematuhi “Waktu Kavyan”. Tentatif seperti berikut:
Sabtu (28 September 2024)
3:00 petang – Peserta Bengkel
Penulisan Intensif mendaftar masuk ke rumah inap (homestay).
3:30 petang – Sesi sumbang saran (brainstorming) [berkumpulan]
[Peserta diingatkan supaya tidak menyiapkan draf/manuskrip.
Sebaliknya, bawa catatan idea sahaja
untuk dibincangkan sebelum mula menulis karya.]
4:30 petang – Menulis bahagian awal karya [individu]
6:00 petang – Bedah karya (cerpen/cereka) [berkumpulan]
7:30 malam – Makan malam (di luar) [ikut
selera masing-masing]
8:30 malam – Membaiki karya (cerpen/cereka) [individu]
9:30 malam – Membaiki karya (cerpen/cereka) [berpasangan]
10:30 malam – Membaca teks karya dan
komen pembimbing
Ahad (29 September 2024)
7:30 pagi – Sarapan (di luar) [ikut
selera masing-masing]
8:30 pagi – Membaiki karya (cerpen/cereka) [individu]
9:30 pagi – Bimbingan seorang ke
seorang (one-to-one) [bersama pembimbing]
10:30 pagi – Membaiki karya (cerpen/cereka) [individu]
11:30 pagi – Kirim karya lengkap kepada pembimbing
12:00 tengah hari – Mendaftar keluar
dari rumah inap
[Komen Peserta Sesi Jun 2024 - Video di Sini]
Bayaran Deposit dan Kos Makan-minum
Setiap
peserta dikenakan bayaran deposit RM50 (Ringgit Malaysia Lima Puluh
Sahaja) bagi mengesahkan penyertaan. Deposit RM40 dipulangkan kepada peserta apabila menghadiri bengkel. Bagaimanapun,
bayaran tidak dipulangkan jika peserta menarik diri atau gagal hadir
atas apa-apa pun sebab dan alasan. Kos makan-minum ditanggung oleh
masing-masing peserta. Kos perjalanan dan segala kos lain juga ditanggung sendiri.
Bayaran sewa rumah inap ditanggung oleh Uthaya kerana ini bengkel terakhir kendaliannya
untuk tahun 2024.
Barangan Keperluan Peserta Bengkel
Peserta wajib
membawa segala barangan keperluan untuk
menulis: Komputer riba, buku tulis, alat tulis, buku/bahan rujukan, kamus, dan
seumpamanya. Peserta juga perlu membawa segala barangan keperluan peribadi: Pakaian, tuala, berus gigi, ubat-ubatan,
makanan ringan, botol air, pengecas telefon, extension wire, dan sebagainya. Segala barangan ini tidak disediakan.
Penginapan Peserta Bengkel
Peserta perlu
menginap di rumah inap (homestay) kerana
sesi berlangsung hingga lewat malam. Penginapan adalah dalam konsep perkongsian;
maknanya tidak boleh mengharapkan satu bilik untuk seorang peserta. Jika
peserta memilih untuk tidak menginap, masih perlu membuat bayaran penuh, serta
masih perlu akur pada jadual (atur cara). Tidak dibenarkan membawa teman, keluarga,
binatang peliharaan, dan sebagainya (bukan peserta) ke tempat penginapan atas
apa-apa alasan sekali pun. Bilik berasingan bagi peserta lelaki dan wanita. Bilik
air berasingan bagi peserta lelaki dan wanita.
Makan-Minum Peserta
Segala kos
makan-minum ditanggung sendiri. Dibenarkan keluar
untuk sarapan dan makan malam. Peserta boleh membawa makanan ringan dan jajan
jika mahu. Dinasihatkan membawa minuman/biskut unuk waktu minum petang. Minuman
beralkohol tidak dibenarkan.
Merokok (termasuk vape) tidak dibenarkan di rumah inap.
Penyelaras dan Pembimbing
Uthaya Sankar SB terlibat dalam bidang penulisan sejak tahun
1991. Beliau berpengalaman mengendalikan program galakan membaca dan bengkel penulisan
di seluruh negara sejak tahun 1994. Projek terkini ialah “Temasya Bahasa” bagi murid Sekolah Jenis Kebangsaan
Tamil (SJKT). Buku terbaharu Uthaya ialah The Painted Cat (2023), Dewi Pertiwi (2024), dan Cerpen (2024). [Baca biodata penuh]
Pendaftaran Peserta
Individu yang
berminat menulis cerpen/cereka dan benar-benar
komited menyertai Bengkel Penulisan “One-Off” di Puchong perlu mendaftar dengan
mengirim maklumat diri (nama penuh,
nombor telefon, dan alamat e-mel) ke WhatsApp
011-11411952 (Uthaya). Pendaftaran
ditutup sebaik cukup lima (5) peserta.
Peluang bagi lima individu terawal. Kemudian,
peserta akan diminta membuat bayaran deposit RM50 bagi mengesahkan penyertaan. Individu yang mendaftar nama
tetapi kemudian menghilangkan diri (senyap) tanpa membuat bayaran deposit akan masuk
senarai hitam (blacklist).
Maklumat Lanjut dan Pertanyaan
Hubungi e-mel
uthayasb@gmail.com
atau WhatsApp 011-11411952 (Uthaya) hanya jika jawapan bagi sebarang pertanyaan tidak
ada di atas.