Harap maklum bahawa paparan di atas adalah RAMALAN sahaja; serta melibatkan MIC sahaja. Ramalan dibuat pada 20 Januari 2013 dan kemudian ditambah
pada 19 Mac 2013 sebagai seorang
perunding media, pemerhati politik dan
sasterawan.
Oh! Nampaknya ramalan saya pada 20 Januari 2013 betul!
Akhbar The Star (19 Mac 2013) melaporkan:
“For the Subang parliamentary constituency, MIC has proposed Sri Murugan Centre
director A. Prakash Rao.” Pada 13 April 2013, saya mendapat pengesahan bahawa Sivarasa (PKR) akan bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Subang. Maka, saya tidak bimbang memikirkan "nasib" penduduk Subang. Pada 13 April 2013 juga, Murugesan (MIC) yang kalah kepada Sivarasa pada 8 Mac 2008 dilaporkan tidak bertanding semula di Subang. Maka, bolehlah Prakash senyum sedikit; sementara menanti tarikh PRU-13 pada 5 Mei 2013. Tarikh penamaan calon adalah pada 20 April 2013.
Bagi Parlimen Kota Raja, Vicky (MIC) dijangka berdepan dengan Uthaya (HRP) dan wakil PAS. Mohan pula di Sri Andalas. Menurut risalah yang diedarkan pada 5 April 2013, Uthaya (HRP) bertanding kerusi Parlimen Kota Raja dan DUN Sri Andalas. Tindakannya mendapat reaksi ramai orang di media sosial; khususnya Facebook - BACA DI SINI - Impian Hindraf ke Parlimen.
Calon HRP juga bakal bertanding kerusi DUN Sri Muda. Pada 13 April 2013, jurucakap HRP, Sugumaran (Cikgu Suguz) mengesahkan bahawa Uthaya (HRP) sudah membayar deposit untuk bertanding kerusi Parlimen Kota Raja dan DUN Sri Andalas sebagai calon bebas.
[Pada 16 April 2013, seorang individu bernama Siva Kumar menyatakan bahawa Sugumaran sebenarnya ahli PKR yang menyamar sebagai jurucakap HRP. Saya mengirim mesej menerusi Facebook kepada Sugumaran pada 17 April 2013 untuk mendapatkan pengesahan tetapi belum ada jawapan. Saya pula merujuk beliau sebagai 'jurucakap HRP' dalam makalah saya berdasarkan pengakuan beliau sendiri. Harap maaf jika timbul kekeliruan.]
Calon HRP juga bakal bertanding kerusi DUN Sri Muda. Pada 13 April 2013, jurucakap HRP, Sugumaran (Cikgu Suguz) mengesahkan bahawa Uthaya (HRP) sudah membayar deposit untuk bertanding kerusi Parlimen Kota Raja dan DUN Sri Andalas sebagai calon bebas.
[Pada 16 April 2013, seorang individu bernama Siva Kumar menyatakan bahawa Sugumaran sebenarnya ahli PKR yang menyamar sebagai jurucakap HRP. Saya mengirim mesej menerusi Facebook kepada Sugumaran pada 17 April 2013 untuk mendapatkan pengesahan tetapi belum ada jawapan. Saya pula merujuk beliau sebagai 'jurucakap HRP' dalam makalah saya berdasarkan pengakuan beliau sendiri. Harap maaf jika timbul kekeliruan.]
Menurut sumber PSM pada 23 Mac 2013, Dr Kumar sah bertanding di Sungai Siput,
Perak. Samy Vellu pada 22 Mac 2013 mengesahkan mahu bertanding di Sungai Siput.
... Maka betullah, hanya tanda soal (?) untuk Deva pada ramalan di atas. Deva pula mengaku pada 29 Mac 2013 bahawa dia hanya hadir "untuk membantu penduduk". Kemudian, pada 5 April 2013, Samy Vellu mengesahkan tidak bertanding di Sungai Siput. Maka bolehlah Deva menarik nafas lega!
Seperti yang saya nyatakan dalam makalah berjudul “Ponggal, Beras dan Capati” (Free Malaysia Today, 19 Januari 2013),
saya akan berkempen menerusi tulisan untuk menolak mana-mana kerajaan
(negeri/pusat) yang korup dan gagal berkhidmat kepada Rakyat. Pada 17 April 2013, saya mengeluarkan kenyataan media Tolak Zulkifli Noordin; sekali gus menolak MIC yang tidak berani membantah pencalonan Zulkifli. [Baca analisis akhbar-akhbar Tamil - Pencalonan Zul: MIC Membisu. Baca juga kisah UMNO-MIC-Perkasa-Hindraf tidur bersama: Politikus dalam Selimut.] - [IKLAN MIC PADA 2008]
Tentunya saya juga akan terus berkempen (menerusi tulisan dan media sosial) menolak mana-mana calon yang korup menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13. Itu hak saya sebagai The Third Force; selain membimbing politikus berkempen. Contoh terbaik adalah kempen Tolak Zulkifli Noordin (17 April 2013). Baca juga: Doctors against MIC (Free Malaysia Today, 1 Mei 2013).
25 April 2013: Don't Vote Zul, says Saravanan. 7 Mei 2013: Chinese Ungrateful, says Saravanan. Tahniah/takziah kepada pengundi Parlimen Tapah yang memilih seorang lelaki MIC yang menghina kaum Cina! Baca juga - Beribu-ribu Tahniah, MIC Berjaya!
Mulai 15 Mei 2013, kedudukan MIC yang "mengiktiraf" dirinya sebagai wakil tunggal kaum India sudah tercabar dengan kemunculan pelakon hebat kelahiran Hindraf, P Wathamoorthy! [BACA DI SINI]
NOTA KAKI: Harap maklum bahawa jika Datuk Seri Najib Razak masih "segan-segan", Parlimen dikatakan akan terbubar secara automatik pada 28 April 2013. Tetapi memandang ia hari Ahad, maka menurut SPR, Parlimen hanya terbubar secara automatik menjelang tengah malam 29 April 2013 (Isnin), iaitu menjelang awal pagi 30 April 2013 (Selasa). Makluman: Parlimen (Dewan Rakyat) dibubarkan pada 11:37 pagi, 3 April 2013. Tarikh penamaan calon pada 20 April 2013 dan PRU-13 pada 5 Mei 2013.