Pengenalan
Kumpulan cerita rakyat India berjudul Nari! Nari! (1995, 2000, 2015, 2023, 2024) mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat pelbagai kaum yang menyedari perlunya ada bahan bacaan bermutu dalam Bahasa Malaysia bagi kanak-kanak.
Perkara sama dapat diperhatikan dalam
penerbitan kumpulan cerpen Ikan Patin dan
Beruang Besar (2017, 2024) yang tidak lagi memaksa kanak-kanak
membaca kisah-kisah berciri etnosentrik dan islamik serta tidak mewakili kemajmukan
budaya Bangsa Malaysia.
Maklumat kedua-dua buku ini boleh dibaca menerusi rencana bertajuk “Usaha Memupuk Minat Membaca Tidak Boleh Berhenti” (Utusan Malaysia, 7 September 2024).
Selain dua buku di atas, cerita kanak-kanak
tulisan saya turut tersiar di majalah seperti Dewan Pelajar dan beberapa antologi selenggaraan arwah Dr. Othman Puteh pada tahun 1990-an.
Kumpulan cerita rakyat India berjudul Munis Dengan
Harimau (1996) serta antologi selenggaraan Othman Puteh sudah
tiada dalam pasaran.
Projek Buku
Saya sedang berusaha mengumpulkan sekitar sepuluh (10)
cerita rakyat – kebanyakannya cerita
rakyat India – dan menerbitkannya dalam bentuk buku yang yang sesuai bagi
bacaan kanak-kanak, remaja, dan ibu bapa.
Judul: [akan dimaklumkan]
Kategori: Cerita
Rakyat / Cerita Kanak-kanak
Bahasa: Bahasa Malaysia
ISBN: [akan dimaklumkan]
Penulis: Uthaya Sankar SB
Tarikh terbit: Februari 2025
[jangkaan]
Tebal: 180
halaman [anggaran]
Jumlah cetakan: 300
naskhah sahaja
Harga pasaran: RM25.00
[tidak termasuk pos]
Senarai penyumbang: [lihat di sini]
Seperti biasa, saya berusaha mendapatkan sokongan dalam bentuk sumbangan modal sosial (social capital) daripada rakan-rakan budiman sehingga 30 November 2024 untuk membantu menampung sebahagian kos mencetak buku ini.
Nama para penyumbang didokumentasi secara kekal di dalam buku dan di blog sebagai tanda penghargaan; selain para penyumbang menerima naskhah buku sebaik terbit—sebelum mula dijual kepada orang ramai.
Sumbangan dibuka sehingga 30 November 2024.
Pakej |
Jumlah Sumbangan (Modal Sosial) [Sehingga 30 November 2024] |
Jumlah Buku (Tanda Penghargaan) [Alamat seluruh Malaysia] |
A |
RM50 |
1 naskhah |
B |
RM100 |
5 naskhah |
C |
RM200 |
12 naskhah |
D |
RM300 |
20 naskhah |
E |
RM400 |
30 naskhah |
F |
RM500 |
40 naskhah |
Langkah mudah untuk menyumbang:
1. Deposit sumbangan ke akaun
CIMB 8002429656
(Uthaya Sankar SB).
2. Kirim maklumat diri anda
ke WhatsApp 011-11411952 (Uthaya):
(a) Nama Penuh: (termasuk
pangkat/gelaran, jika ada)
(b) Alamat (di Malaysia):
(c) Nombor Telefon:
(d) Alamat e-mel:
(e) Tarikh Deposit:
(f) Jumlah
Deposit: RM
Nota: Bagi penyumbang modal sosial, sila nyatakan jika anda tidak mahu nama sebenar dipaparkan di blog dan buku. Nyatakan juga jika anda mahu menggantikan nama individu lain (ahli keluarga sahaja) untuk paparan di blog dan buku.
Senarai penyumbang modal sosial bagi projek buku sebelum ini — Pulau Pendatang (2015) — Nari! Nari! (2015) — Mandala Bicara (2016) — Ikan Patin dan Beruang Besar (2017) — Thirukkural dan Megha Duta (2018) — Ramayana dan Mahabharata (2019) — Vetalam dan Vikramaditya (2020) — Putaria (2020) — Bhagavad Gita (2021) — Kavya Sastra (2021) — Suvarna Bhumi (2022) — Khanda Puranam (2022) — Katha Sarit Sagara (2023) — Nari! Nari! (2023) — The Painted Cat (2023) — Dewi Pertiwi (2024).
Sila hubungi saya menerusi WhatsApp 011–11411952 atau e-mel uthayasb@gmail.com
sebelum 30
November 2024 jika ada sebarang pertanyaan.