13 Jun 2021

Kempen Hadiah Buku Untuk Keluarga B40


Dalam keadaan wabak Covid-19 masih menjadi ancaman, keluarga B40 tanpa sumber pendapatan stabil pasti menerima kesan besar.

Peruntukan bagi pembelian bahan bacaan (buku cerita, majalah) tentu hampir tiada. Perpustakaan awam pula ditutup sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Akibatnya, keluarga B40 tidak berpeluang membaca buku cerita baharu.

Menyedari hakikat ini, saya mencadangkan Kempen Hadiah Buku Untuk Keluarga B40. Kejayaan kempen ini bergantung kepada sumbangan orang ramai.

Gerak kerja dan pelaksanaan kempen ini adalah seperti berikut:

1. Syarat paling utama — Keluarga yang memang suka membaca karya Bahasa Malaysia.

2. Wakil keluarga B40 menghubungi saya menerusi WhatsApp 011-11411952 (Uthaya). Orang lain (misalnya jiran atau kenalan) juga boleh menghubungi saya bagi pihak keluarga terbabit.

3. Berikan nama penuh, alamat lengkap, dan nombor telefon keluarga terbabit untuk dihubungi bagi pengesahan.

4. Pilih salah SATU pakej buku di bawah dan beritahu saya menerusi WhatsApp.

PAKEJ 1

Judul Buku

Nilai

Harga Pakej

Peluru Aksara (2020)

RM25

RM60

Landasan Hidup (2020)

RM25

Busana Bahasa (2019)

RM20

Karupaya (2018)

RM25

Malaiur Manikam (2015)

RM20


PAKEJ 2

Judul Buku

Nilai

Harga Pakej

Bhagavad Gita (2021)

RM30

RM60

Vetalam dan Vikramaditya (2020)

RM20

Ramayana dan Mahabharata (2019)

RM35

Thirukkural dan Megha Duta (2018)

RM30

5. Saya akan paparkan di Facebook maklumat asas keluarga berkenaan iaitu hanya bandar dan negeri. Contoh: Rawang, Selangor.

6. Rakan yang sudi menyumbang RM60 boleh menghubungi saya menerusi WhatsApp. Saya akan berikan nombor akaun bank untuk menyalurkan sumbangan.

7. Nama penyumbang dinyatakan di Facebook. (Sila beritahu jika tidak mahu nama sebenar dipaparkan di Facebook.)

8. Buku dikirim kepada keluarga berkenaan. Nombor jejakan (tracking number) bagi PosLaju diberi kepada keluarga berkenaan dan juga kepada penyumbang terbabit.

9. Kertas tercatat nama dan nombor telefon penyumbang diselitkan di dalam buku dengan harapan keluarga terbabit menghubungi terus penyumbang untuk mengucapkan terima kasih.

10. Keluarga terbabit mengirim komen ringkas kepada saya untuk dipaparkan di Facebook. (Boleh kirim foto juga jika mahu — tidak diwajibkan.)

Kempen ini dijalankan sehingga 30 Jun 2021 dengan harapan dapat membantu sebanyak mungkin keluarga B40 yang memerlukan bahan bacaan bermutu. Sila hubungi saya jika ada sebarang pertanyaan.