Kumpulan
fiksyen Siapa Bunuh Veer Singh? terbit pada 2
April 2026 dan dikirim melalui pos kepada para penyumbang pada 3 April 2026.
Berikut sebahagian reaksi spontan yang dikirim selepas buku selamat sampai ke
tangan mereka.
“Kumpulan cerpen
Siapa Bunuh Veer Singh? sudah berada
di tangan saya pada 4 April 2026. Sungguh teruja untuk membaca kesemua 18
cerpen di dalam buku ini.” – M. Mahendran (Bentong, Pahang)
“Hari ini (4
April 2026), saya akhirnya menerima buku yang paling dinanti-nantikan, Siapa Bunuh Veer Singh? karya penulis
kegemaran saya, Uthaya Sankar SB. Apa yang paling saya kagumi tentang penulisan
beliau ialah ketajaman pemikiran dan keberanian dalam menyampaikan mesej.
Uthaya mempunyai keupayaan luar biasa untuk mengolah isu sosial, budaya,
sejarah dan falsafah yang kompleks dalam bahasa yang jelas, tersusun dan mudah
difahami, tetapi tetap mendalam serta mencabar pemikiran pembaca. Karya beliau
bukan sekadar cerita. Ia mengajak kita berfikir, menilai semula andaian yang
biasa kita terima, dan memahami realiti masyarakat dengan perspektif yang lebih
luas. Gabungan antara fiksyen dan kisah yang berakar pada pengalaman sebenar
menjadikan setiap karya beliau terasa hidup dan bermakna. Saya percaya buku ini
juga akan menawarkan pengalaman pembacaan yang sarat dengan refleksi dan wacana
intelektual sepertimana karya-karya beliau sebelum ini. Penulis
seperti Uthaya mengingatkan kita bahawa sastera bukan sekadar hiburan, tetapi
ruang untuk berfikir, berdialog, dan berkembang sebagai masyarakat.” – Dr. R.
Siva Prakash (Cheras, Selangor)
“Satu lagi
ledakan kreatif yang menjanjikan karya bermutu dan mengusik minda.” – Ramakrishnan
(Cheras, Selangor)
“本书共收录作者17篇作品。其中,与书名同名的小说改写自1925年7月的一宗真实命案,分为“案件调查”与“审讯”上下两篇。我有幸先睹为快,作者笔下的调查与审讯过程层层推进,情节扣人心弦,疑云重重,引人入胜。” – Tang Ah Chai (Segambut, Kuala Lumpur)
“Buku diterima
pada 4 April 2026. Ada 18 tajuk yang menarik. Pastinya 18 kisah yang berbeza. Saya
pasti ada kisah yang akan membuatkan saya teruja dengan cara penyampaian penuh
imaginasi, penyiasatan dan berunsur matang.” – Anuradha Chelliah (Banting, Selangor)
“Terima
kasih untuk buku Siapa Bunuh Veer Singh?
… Raya dapat menikmati kuih dan biskut raya tu biasa … dapat buku macam ni lain
macam sikit. Tak sabar nak mula baca!” – Mohamad Rosdy bin Dahri (Kuching, Sarawak)
“My very first
impression: Happy! Why? Because the much-awaited book is now in my hands. All
the extra copies will go to selected libraries. Second, the look and feel of the
book (an important part to me): The book’s overall look and feel are very
soothing to the eye, with attractive title, cover and a well-organized layout.
These enhanced the reading experience, making it truly enjoyable. (Reading is
supposed to be enjoyed, not to be a strain to the eyes/mind). Third,
the content: Highly relatable to wide audience, especially the younger
generation who have never experienced life without modern gadgets. The
attention to minute details provides an understanding of what it was like to
live in those situations, and at times, it even rekindles nostalgic memories.
The narration is engaging and well-executed, making the overall experience even
more compelling.” – Barathi (Puchong,
Selangor)
“Buku-buku
yang dihasilkan oleh Uthaya Sankar SB memang menyentuh hati dan penuh
inspirasi. Biasanya, apabila saya menerima bukunya, saya akan menyimpannya di
rak buku di bilik saya dan mencari masa lapang untuk membacanya. Namun, untuk Siapa Bunuh Veer Singh?, saya terus mula
membaca sebaik menerimanya. Setiap cerita dalam buku ini memang luar biasa.
Jalan cerita disusun dengan kreatif dan memberikan impak emosi yang kuat kepada
para pembaca. Buku ini sangat disyorkan untuk bacaan semua lapisan masyarakat.”
– M. Mahesvaran @ Mad Sentul (Kapar,
Selangor)
“I have
always liked Uthaya’s short stories and I cannot wait to read his new work.” – Bissme S (Brickfields, Kuala Lumpur)
“This felt
like a surprise birthday present even when I knew it was coming! This book is
going to be my bedtime crime story this week.” – Priya Kulasagaran
@ Priya K (Petaling Jaya, Selangor)
“Saya suka
tengok lukisan dan illustrasi dalam buku ini.” – Norazli bin Ramlis (Batang Kali, Selangor)
“Selesai
membaca kumpulan cerpen Siapa Bunuh Veer
Singh? karya Uthaya Sankar SB. Antara yang paling menarik perhatian saya
ialah ‘Samsara dan Dharma’, ‘Memorandum Tentang Bible Menyimpang’, dan ‘Di
Pesisir Pantai Lanka’. Koleksi cerita dalam buku ini ringkas tetapi sarat
makna, mengajak pembaca berfikir tentang kehidupan, budaya, dan cara kita
memahami dunia. Buku ini sangat wajar dibaca.” – Malini Lakshmi Bai (Cheras, Kuala Lumpur)
“Membaca
karya Uthaya sememangnya bahasanya sangat mudah dan ringkas. Namun ada
kesukarannya kerana perlu pause
setiap kali antara lembaran. Sebab cara penyampaian penceritaan Uthaya memang memerlukan
pembaca banyak berfikir.” – Irene Tan Ai Ling
(Puchong, Selangor)












