Aktiviti
Bengkel Kemahiran Insaniah (Soft Skills)
Sesi Wawancara dan Menulis
Karangan
Tarikh
26 Mei 2024 (Ahad) – cuti sekolah
Masa
9:00 pagi – 12:00 tengah hari
Tempat
Kuil Sri
Maha Mariamman, Bukit Rotan, Kuala Selangor
Waze: Kuil Sri Maha Mariamman (Ladang Sungai Buloh)
Peserta
Ada dua kategori peserta:
A. Remaja berumur
minimum 13 tahun yang berminat
belajar menulis karangan Bahasa Malaysia, boleh menulis dengan
baik menggunakan Bahasa Malaysia, serta boleh berkomunikasi (bercakap) Bahasa
Malaysia dengan baik.
B. Orang
dewasa (umur lebih 40 tahun) yang
mahu berkongsi cerita dan pengalaman mereka dalam wawancara bahasa Tamil. Mereka
mestilah individu yang membesar di ladang/estet sekitar Kuala Selangor. Mereka
akan diwawancara tentang pengalaman semasa kecil serta nasihat mereka kepada
generasi muda kaum India tentang pentingnya
pendidikan/pelajaran dan minat membaca buku cerita.
Pembimbing
Uthaya Sankar SB ialah pengasas Kavyan
dan aktif dalam bidang penulisan Bahasa Malaysia sejak tahun 1991. Beliau
menerima pengiktirafan seperti Hadiah Cerpen Maybank-DBP, Hadiah Sastera Perdana
Malaysia, Duta Keamanan (Korea Selatan), dan Anugerah Tokoh Saraswati (India). Karya
terbaharu ialah Dewi Pertiwi (2024).
Uthaya juga kolumnis di akhbar Utusan
Malaysia sejak tahun 2020. [biodata penuh]
Atur Cara
Para peserta perlu menepati masa yang ditetapkan atau apa
yang dinamakan “Waktu Kavyan”.
9:00 pagi
Ketibaan peserta dan pembimbing.
Hanya peserta yang sudah mendaftar dibenarkan hadir.
Peserta yang tiba lewat tidak dibenarkan turut serta;
walau apa pun alasan.
9:15 pagi
Penerangan dalam bahasa Tamil oleh pembimbing tentang teknik
wawancara dan cara menulis karangan Bahasa Malaysia selepas wawancara.
9:45 pagi
Peserta remaja mewawancara peserta dewasa dalam bahasa Tamil
untuk mendapatkan bahan bagi menulis karangan Bahasa Malaysia. Wawancara
berkaitan pengalaman semasa kecil serta nasihat kepada generasi muda tentang
pentingnya pendidikan/pelajaran dan minat membaca buku cerita.
Setiap peserta remaja mewawancara satu orang dewasa dan
mencatatkan nota/isi untuk digunakan bagi menulis karangan Bahasa Malaysia
sepanjang sekitar 200-300 perkataan.
10:30 pagi
Peserta remaja membentangkan (menceritakan) hasil wawancara (isi-isi
penting) menggunakan Bahasa Malaysia.
Peserta dewasa membetulkan jika ada fakta yang salah.
Pembimbing memberi cadangan dan idea menulis karangan yang
menarik dan sesuai untuk siaran.
[Wawancara Sawthy @ Santhy Subramaniam]
11:00 pagi
Peserta remaja menulis karangan Bahasa Malaysia dengan
kemas.
Pembimbing membuat rakaman video wawancara peserta dewasa
dalam bahasa Tamil. Mereka sekali lagi menceritakan secara ringkas (maksimum 5 minit) pengalaman semasa
kecil serta nasihat kepada generasi muda tentang pentingnya pendidikan/pelajaran
dan minat membaca buku cerita.
12:00 tengah hari
Penyampaian cenderamata (buku cerita) kepada semua peserta.
Peserta remaja menyerahkan karangan kepada pembimbing.
Karangan yang baik dan bermutu sahaja akan disiarkan di portal Sastera Kavyan.
Video wawancara peserta dewasa akan disunting dan disiarkan
di YouTube.
Kesemua peserta akan menerima sijil digital (pdf).
[Lihat Foto] [Video 1] [Video 2]
Pakaian
Semua peserta digalakkan memakai pakaian tradisional kaum
India supaya kelihatan cantik dalam foto dan rakaman video.
Alat Tulis
Kertas dan pen disediakan untuk peserta remaja.
Bagaimanapun, peserta digalakkan membawa alat tulis sendiri.
Paparan di Media Sosial
Foto dan video akan disiarkan di media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter, YouTube, dan blog bagi tujuan promosi dan dokumentasi.
Cara Mendaftar
Individu yang berminat dan memenuhi syarat perlu mendaftar
nama penuh, nombor telefon, dan nombor MyKad
kepada Encik Balakumaran (penyelaras).
Pendaftaran ditutup sebaik ada lima peserta remaja dan lima peserta dewasa.