15 Oct 2023

Baca di Anak Baba – 4 November 2023

Pengenalan

Acara “Baca @ Anak Baba” [Siri 1] diadakan buat julung kali pada 5 Ogos 2023 dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Dapatkan maklumat acara [di sini] dan foto acara [di sini]. Sambutan semakin bertambah bagai acara “Baca di Anak Baba” [Siri 2] pada 2 September 2023. Dapatkan maklumat acara [di sini] dan foto acara [di sini]. Acara “Baca di Anak Baba” [Siri 3] pada 7 Oktober 2023 juga mendapat sambutan orang ramai. Dapatkan maklumat acara [di sini] dan foto acara [di sini]. Selain sesi membaca petikan karya oleh penulis/tokoh yang diraikan, peserta/hadirin juga terlibat dalam sesi soal jawab dan perkongsian pengalaman berkaitan pelbagai topik menarik dan penting.

 

Acara Baca Di Anak Baba Siri Ke-4

Memandangkan acara ini mendapat maklum balas positif, maka siri keempat diatur seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 4 November 2023 (Sabtu)

Masa: 4.00 – 6.00 petang [Waktu Kavyan]

Tempat: Restoran Anak Baba, Brickfields

Lokasi: Berdekatan YMCA, dan di hadapan Menara Sentral Vista/Mamak Cafe

Waze: Anak Baba, Jalan Sultan Abdul Samad, Brickfields

 

Penulis (Panel)

Penyertaan terbuka kepada maksimum tiga (3) penulis, seniman, aktivis, budayawan, sasterawan, wartawan, artis, penyair, dan seumpamanya yang berminat menjadi panel (panelist). Setiap penulis diminta membacakan petikan karya sendiri dalam Bahasa Malaysia. Kriteria umum yang ditetapkan seperti berikut:

a) Bangsa Malaysia, iaitu warganegara Malaysia.

b) Penulis, aktivis, seniman, artis, budayawan, karyawan, wartawan, dan sebagainya tanpa mengira bahasa karya.

c) Ada petikan karya sendiri untuk dibacakan dalam Bahasa Malaysia. (Terjemahan karya sendiri ke dalam Bahasa Malaysia dibenarkan. Tidak dibenarkan membaca petikan karya orang lain.)

d) Mampu berkongsi pandangan menggunakan Bahasa Malaysia. (Bahasa Inggeris dan lain-lain masih boleh diselitkan mengikut keperluan.) Individu yang tidak tahu – atau tidak mahu atau pura-pura tidak tahu – bercakap dalam Bahasa Malaysia diingatkan supaya tidak menjadi panel.

e) Setiap panel/penulis wajib mendaftarkan minimum dua individu sebagai penonton (peserta) bagi acara ini. (Pastikan beri nama penuh dan nombor telefon mereka.)

Nota: Sudah ada tiga panel untuk sesi 4 November 2023. Individu yang berminat menjadi panel bagi sesi 2 Disember 2023 (Sabtu) sila hubungi penyelaras (Uthaya Sankar SB) menerusi e-mel uthayasb@gmail.com atau WhatsApp 011-11411952.

 

Maklumat Panel

Biodata penulis (panel) dipaparkan di sini. Untuk itu, setiap panel telah diminta mengemukakan foto terkini dan biodata. Rujuk contoh biodata [di sini] dan [di sini] dan [di sini] dan [di sini].

Azrin Fauzi merupakan penulis kelahiran Pulau Pinang yang membesar di Kuala Lumpur. Beliau ialah penulis tiga kumpulan cerpen: Urban (2015), Metaskandal (2018), dan Amok-Imago (2022). Cerpen dan esei beliau pernah tersiar dalam pelbagai media antarabangsa seperti Mekong Review, Samovar, ArtsEquator, dan beberapa antologi, jurnal, majalah sastera, dan akhbar tempatan. Pada tahun 2019, Azrin terpilih mewakili Malaysia dalam Program Penulisan MASTERA: Esai di Bandung, Indonesia anjuran Majlis Sastera Asia Tenggara (MASTERA). Beliau juga penerima Hadiah Sastera Selangor (2017, 2018, 2019, dan 2021) untuk cerpen-cerpen dan esei; serta baru-baru ini, kumpulan cerpen Amok-Imago menerima Anugerah Sastera Negeri Pulau Pinang 2023.

Qurratul ‘Ain seorang penulis dan editor bebas lulusan Persuratan Melayu di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Setakat ini, dua buku telah diterbitkan iaitu himpunan prosa dan catatan, Dua Rahsia Berjabat (2020) dan kumpulan puisi sulung, Momen (2020) yang mendapat kedudukan finalis dalam Sayembara Puisi Kata-Pilar 2.0. Qurratul juga penerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) 2019/2020 dalam kategori puisi serta memenangi penghargaan Hadiah Sastera Selangor 2021 untuk kategori puisi.

Dhinesha Karthigesu is a multi disciplinary storyteller, theatre maker, and coach. He is the newly appointed Artistic Director for Theatresauce, a Kuala Lumpur based theatre company focused on telling edgy, urban Malaysian stories. As an artist, his work has been viewed by audiences from all over the world. Dhinesha is Malaysia’s first National Poetry Slam Champion. His work has been featured at festivals and on platforms like HowlRound Theatre Commons, Vice India, and Vice Asia. In 2021, his theatre play Ravayana beat a thousand other global entries to be selected as part of a play development programme run by the New York theatre collective, The Playwrights Realm. Dhinesha is one of the co-founders of the Tulis Group, a playwright focused Malaysian theatre collective and also one of the co-founders of 100DP, a writing workshop series focused on generative feedback structures.  He is also an alumni of Theatresauce’s Emerging Directors Lab of 2020-2022.



Bentuk Pembacaan Teks

Penulis/panel akan membaca petikan karya sendiri sekitar lima (5) minit dalam Bahasa Malaysia. Maksimum tujuh (7) minit; supaya hadirin tidak tertidur. Jika karya bahasa-bahasa lain, maka perlu diberi sinopsis ringkas dalam Bahasa Malaysia; atau diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia. Selain membacakan petikan cerpen, novel, dan rencana/esei, penulis juga boleh mendeklamasi sajak atau menyanyi lagu puisi. Alat muzik hanya dibenarkan jika dijadikan iringan kepada pembacaan karya; bukan persembahan muzik instrumental. Penulis wajar menggunakan kreativiti bagi menarik perhatian dan minat penonton. Penulis yang menampilkan sebarang unsur lucah, tidak sopan, rasis, dll (lisan, perbuatan, pakaian, dll) atau menyentuh hal-hal sensitif berhubung 3R (Royal, Race, Religion) akan diminta menghentikan persembahan serta-merta dan meninggalkan tempat acara berlangsung.

 

Peserta (Penonton, Hadirin)

Setiap penulis (panel) wajib memastikan minimum dua individu mendaftar sebagai peserta (penonton, hadirin). Selain daripada itu, sesiapa sahaja yang berminat untuk hadir boleh mendaftar sebagai peserta (penonton) sebelum 3 November 2023 (8:00 malam). Untuk mendaftar, sila kirim nama penuh dan nombor telefon — bukan hanya nama ringkas atau nama glamour kerana ini bukan pasar malam atau kelab malam atau parti liar. Harap maklum bahawa peserta bukan hanya datang untuk mendengar tetapi amat digalakkan terlibat secara aktif dalam sesi soal jawab dan perkongsian idea bersama penulis (panel). Harap maklum bahawa hanya peserta berdaftar dibenarkan terlibat dalam sesi soal jawab. 

1. Hafizuddin Hanafi

2. Lee Hao Jie

3. Abdullah Husaini

4. Jessilyn Angel Jayadass

5. Sharveshwarry Subramaniam

6. Sumilan Mathavan

7. Pavilan Mathavan

8. Survin Mathavan

9. Keerthana Tamilmani

10. Kirthigan Pandian

11. Ahmad Faiz Mohd Fisol

12. Bissme S

13. Daphne Lee

 

Cenderamata Buku

Enam (6) peserta (penonton, hadirin) yang mengemukakan pertanyaan bernas dalam sesi soal jawab menerima hadiah buku Lakaran Diri (2022) sebagai cenderamata. Panel pula menerima buku Suvarna Bhumi (2022) sebagai tanda penghargaan.

 

Makan-minum

Juadah ringan (kuih-muih) dan/atau sedikit minuman disediakan oleh tuan rumah (Victor Low) bagi meraikan para penulis, peserta, dan hadirin. Orang ramai juga digalakkan merujuk menu dan membeli makanan/minuman lain mengikut selera masing-masing. Sila buat bayaran di kaunter semasa membuat pesanan makan-minum tambahan. Penting: Makanan dan minuman luar tidak dibenarkan dibawa masuk ke premis ini.

 

Pendaftaran

Sesiapa yang mahu hadir sebagai peserta (penonton) perlu mendaftar nama penuh kepada penyelaras (Uthaya Sankar SB) menerusi WhatsApp 011-11411952 sebelum 3 November 2023 (8:00 malam). Individu yang sudi menjadi panel pada sesi akan datang (2 Disember 2023) sila hubungi penyelaras (Uthaya).