6 Aug 2023

Baca di Anak Baba – 2 September 2023

Pengenalan

Acara “Baca @ Anak Baba” diadakan buat julung kali pada 5 Ogos 2023 dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Selain sesi membaca petikan karya oleh penulis/tokoh yang diraikan, peserta/hadirin juga terlibat dalam sesi soal jawab dan perkongsian pengalaman berkaitan topik-topik yang dibincangkan. Dapatkan maklumat acara [di sini] dan foto acara [di sini].

 

Acara Baca Di Anak Baba Siri Ke-2

Memandangkan acara ini mendapat maklum balas positif, maka siri kedua diatur seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 2 September 2023 (Sabtu)

Masa: 4.00 – 6.00 petang

Tempat: Restoran Anak Baba, Brickfields

Lokasi: Berdekatan YMCA, dan di hadapan Menara Sentral Vista

Waze: Anak Baba, Jalan Sultan Abdul Samad, Brickfields

Foto Acara [klik di sini]

 

Penulis (Panel)

Penyertaan terbuka kepada maksimum empat (4) penulis, seniman, aktivis, budayawan, sasterawan, wartawan, artis, penyair, dan seumpamanya yang berminat menjadi panel (panelist). Setiap penulis akan diminta membacakan petikan karya sendiri dalam Bahasa Malaysia. Kriteria umum yang ditetapkan seperti berikut:

a) Bangsa Malaysia, iaitu warganegara Malaysia.

b) Penulis, aktivis, seniman, artis, budayawan, karyawan, wartawan, dan sebagainya tanpa mengira bahasa karya.

c) Ada petikan karya sendiri untuk dibacakan dalam Bahasa Malaysia. (Terjemahan karya sendiri ke dalam Bahasa Malaysia dibenarkan.)

d) Mampu berkongsi pandangan menggunakan Bahasa Malaysia. (Bahasa Inggeris dan lain-lain masih boleh diselitkan mengikut keperluan.)

e) Setiap panel/penulis wajib mendaftarkan minimum seorang individu sebagai penonton (peserta) bagi acara ini.


Maklumat Panel

Biodata penulis (panel) dipaparkan di bawah. Rujuk biodata panel siri satu[di sini].

Vk Ezhilarasi Velautham seorang pesara guru yang suka menulis cerpen dan rencana berkaitan golongan remaja yang kurang bernasib baik. Antara karyanya ialah rencana dan cerpen yang diterbitkan dalam majalah Dewan Budaya dan Dewan Siswa. Hasil karya Ezhilarasi turut termuat dalam antologi Busana Bahasa (2019) dan Landasan Hidup (2020).


Shih-Li Kow is the author of two short story collections and a novel. Ripples and Other Stories is a collection of 25 Malaysian stories and was shortlisted for the 2009 Frank O’Connor International Short Story Award. Her second book, The Sum of Our Follies, is about life in an imaginary small town in Perak. This was translated into Italian, French, and Bulgarian. The French edition (translated by Frederic Grellier) won the 2018 Prix du Premier Roman Etranger or the prize for the first foreign novel. Shih-Li Kow writes fiction in English and her work has also been published widely in journals and magazines. This year, her short story was shortlisted for the Commonwealth Short Story Prize. Her second collection of short stories, Bone Weight and Other Stories, is scheduled for release in November 2023.


Geetha K ia a third-generation Malaysian born in the coastal town of Port Dickson, Negeri Sembilan and raised in Kuala Lumpur’s fringes. A dedicated educator for two decades, she began as a language teacher in the private sector rising to the position of department head. She then moved her commitment to her other passion of writing, which led to her foray into the media business. To date, she writes and edits for independent media outlets, mainly on social and lifestyle issues. Geetha has successfully concluded a niche masterclass writing course in London, conducted by a leading English daily and university. Her first novel, The Seat, by Fixi Novo, was published in 2020. Her second book, Racket Boy, the autobiography of former Malaysian Philip George, which she has co-written, releases in the UK in October 2023.

 

Bentuk Pembacaan Teks

Penulis/panel akan diminta membaca petikan karya sendiri sekitar lima (5) minit dalam Bahasa Malaysia. Maksimum sepuluh (10) minit; supaya hadirin tidak tertidur. Jika karya bahasa-bahasa lain, maka perlu diberi sinopsis ringkas dalam Bahasa Malaysia; atau diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia. Selain membacakan petikan cerpen, novel, dan rencana/esei, penulis juga boleh mendeklamasi sajak atau menyanyi lagu puisi. Alat muzik hanya dibenarkan jika dijadikan iringan kepada pembacaan karya; bukan persembahan muzik instrumental. Penulis wajar menggunakan kreativiti bagi menarik perhatian dan minat penonton. Penulis yang menampilkan sebarang unsur lucah, tidak sopan, rasis, dll (lisan, perbuatan, pakaian, dll) atau menyentuh hal-hal sensitif berhubung 3R (Royal, Race, Religion) akan diminta menghentikan persembahan serta-merta dan meninggalkan tempat acara berlangsung.

 

Peserta (Penonton, Hadirin)

Setiap penulis (panel) wajib memastikan minimum seorang individu mendaftar sebagai peserta (penonton, hadirin). Selain daripada itu, sesiapa sahaja yang berminat untuk hadir boleh mendaftar sebagai peserta (penonton) sebelum 31 Ogos 2023 (9:00 malam). Harap maklum bahawa peserta bukan hanya datang untuk mendengar tetapi digalakkan terlibat secara aktif dalam sesi soal jawab dan perkongsian idea bersama penulis (panel). Harap maklum bahawa hanya peserta berdaftar dibenarkan terlibat dalam sesi soal jawab. Semasa sesi soal jawab, hadirin (peserta berdaftar) diminta menyebut nama dan kemudian terus bertanya soalan secara ringkas dan padat; bukan memberi huraian panjang-lebar atau berceramah lebih 5 minit. Peserta yang tidak mendaftar hanya menjadi penonton dan pendengar.

1. Kabilan Kandasamy

2. Prof Emeritus Kumar Das

3. Haarshini a/p Shanmugam

4. Kirthigan a/l Pandiyan

5. Jessilyn Angel a/p Jayadass

6. Stephanie Tia Fidelis

7. Jeffry Solomon Victor

8. Siddarth Bala Thipan a/l Partipan

9. Ari Methi

10. Maganjeet Kaur

11. Premalatha

12. Jalaja Shanker

13. Dr. Rengadhar Horia @ Ringoh

14. Sarala

15. Balakrishnan Govindasamy

16. G. Seathuraman

17. Prof Hashim Yaacob

18. Prof Philip Koshy

19. Prabhakaran Nair

20. K. Pragalath

21. Praveen

22. Vimala

23. Rajeswari

24. Sasikumar Govinda Poduval

25. Jeremy Llewelyn Fidelis


Foto acara - [di sini]

 

Cenderamata Buku

Sekitar enam (6) peserta (penonton, hadirin) berdaftar yang mengemukakan pertanyaan dalam sesi soal jawab menerima hadiah buku Malaiur Manikam (2015) sebagai cenderamata. Harap maklum bahawa cenderamata ini hanya bagi peserta berdaftar. Mana-mana individu yang tidak mendaftar sebagai peserta masih boleh hadir sebagai penonton/pendengar tetapi tidak layak menerima cenderamata buku serta tidak boleh terlibat dalam sesi soal jawab. Panel pula menerima buku Suvarna Bhumi (2022) sebagai tanda penghargaan.

 

Makan-minum

Juadah ringan (kuih-muih) dan sedikit minuman disediakan oleh tuan rumah (Victor Low) bagi meraikan para penulis, peserta, dan hadirin. Orang ramai juga digalakkan merujuk menu dan membeli makanan/minuman lain mengikut selera masing-masing. Sila buat bayaran di kaunter semasa membuat pesanan makan-minum tambahan. Penting: Makanan dan minuman luar tidak dibenarkan dibawa masuk ke premis ini.

 

Pendaftaran

Sesiapa yang mahu hadir sebagai peserta (penonton) perlu pendaftar nama kepada penyelaras (Uthaya Sankar SB) menerusi WhatsApp 011-11411952 sebelum 31 Ogos 2023 (9:00 malam). Individu yang sudi menjadi panel pada sesi ini perlu menghubungi penyelaras sebelum 15 Ogos 2023 (9:00 malam).

Penting! Jangan hubungi penyelaras (Uthaya) pada tarikh acara untuk meminta apa-apa panduan perjalanan/lokasi atau untuk bertanya apa-apa soalan berkaitan acara (termasuk soalan yang amat penting). Sebarang mesej WhatsApp pada tarikh acara hanya akan dibaca dan dibalas sehari selepas tarikh acara.