Alasan sebenar orang India tidak memakan daging lembu adalah
berasaskan budaya dan kepercayaan tradisional; bukan berikutan tuntutan agama
semata-mata.
1 — Lembu adalah anugerah Tuhan kepada umat manusia, lalu kurniaan istimewa itu perlu dihargai.
2 — Lembu dianggap sebagai “ibu” kerana sanggup
berkorban dan menanggung derita demi “anak-anak”.
3 — Lembu memainkan peranan penting dalam
kehidupan masyarakat India.
4 — Lembu membantu
petani dan pesawah untuk membajak.
5 — Lembu digunakan
untuk mengangkut barang dan menarik kereta lembu.
6 — Lembu jantan biasanya membantu kerja-kerja membajak.
7 — Lembu betina membekalkan susu yang amat diperlukan untuk diminum,
dijadikan susu masam atau dijadikan minyak sapi.
8 — Lembu merupakan
binatang yang amat diperlukan dalam kehidupan seharian masyarakat India
tradisional.
9 — Perayaan Maatu Ponggal adalah tanda
terima kasih kepada lembu yang amat berjasa.
10 — Lembu membekalkan tahi yang dijadikan baja organik.
11 — Air kencing lembu bertindak sebagai bahan antiseptik.
12 — Lembu yang membekalkan susu dianggap sebagai “ibu susu” bagi
anak-anak dalam keluarga.
13 — Lembu digelar komatha iaitu gelaran sama seperti “ibu”.
14 — Sejak kecil, anak-anak dididik supaya menyayangi dan menghormati
lembu yang dipelihara sebagai sebahagian daripada keluarga.
15 — Walaupun tidak ramai petani/penternak kaum India yang masih
memelihara lembu, amalan yang mendarah-daging sejak hampir 4,500 tahun lalu
tentu sukar dilupakan.
Baca juga — 25 Topik “Panas” Dalam Malaiur Manikam
Catatan: Paparan ringkas ini dibaca oleh lebih daripada enam puluh ribu (60,000) orang sepanjang Mei 2020. Terima kasih kepada ANDA kerana sudi berkongsi di media sosial. Lihat butang kongsi di bawah.
[Isi-isi di atas dipetik daripada esei bertajuk “Lembu Dalam Budaya Hindu” yang tersiar di Free Malaysia
Today (5 Disember 2011). Esei penuh boleh dibaca dalam buku Malaiur Manikam (2015). © Uthaya Sankar SB. Semoga membantu
orang ramai memahami budaya kaum India-Hindu serta menjawab soalan “Mengapa
orang Hindu tidak makan lembu?”]
Sudilah berkongsi jika anda rasa paparan ini ada manfaat. Lihat butang-butang kongsi di bawah.