Cereka “Chitra Paurnami” yang digambarkan
seperti berlaku pada bulan Mei 2012 ditulis untuk membantu orang ramai memahami
maksud sebenar di sebalik sambutan Chitra
Paurnami oleh penganut agama Hindu.
Tarikh sambutan Chitra Paurnami adalah pada April/Mei;
misalnya 28 April 2010, 17 April 2011, 6 Mei 2012, 25 April 2013 dan 14 Mei 2014.
Pada
September 2012, keputusan penyiaran cerpen ini dibatalkan secara tiba-tiba oleh
penolong editor sebuah majalah dengan alasan “ada unsur penyebaran agama Hindu” serta
“tidak boleh disiarkan kerana salah dari segi akta penerbitan”. Identiti majalah dan penolong editor berkenaan dirahsiakan demi tidak
mendedahkan keaiban orang terbabit.
Akhirnya, cerpen yang sama disiarkan dalam
majalah Dewan Sastera keluaran
Februari 2013 sementara manuskrip itu juga disunting oleh Sivabarathi Munikanan untuk
dimuatkan dalam buku Kisah dari Siru Kambam (2013). Ulasan oleh Zedeck Siew - DI SINI. Cerpen Chitra Paurnami boleh dinikmati dalam buku CERPEN (2024) terbitan Fixi.