Maka, saya menulis tujuh artikel untuk siri “Yang Arif” seperti berikut.
Sudah Terang Lagi Bersuluh? – FMT, 18 Januari 2011
Noli Me Tangere – FMT, 19 Januari 2011
Jangan Sentuh Pak Lah – FMT, 20 Januari 2011
Gapena Tersalah Naik Kapal – FMT, 21 Januari 2011
Interlok: Prakata Yang Tiada – FMT, 23 Januari 2011
Glosari Yang Terlalu Cair – FMT, 24 Januari 2011
Interlok: Hujah Penggulungan – FMT, 25 Januari 2011
Selepas disiarkan di FMT, saya muatkan di blog saya sebagai dokumentasi serta dimasukkan pelbagai pautan (link) untuk memudahkan orang ramai memahami keseluruhan isu secara lebih mendalam.
Selepas siri “Yang Arif”, saya menulis pula siri “Adik-adik Sekalian” di FMT khusus sebagai panduan kepada pelajar Tingkatan Lima supaya mereka dapat lebih bersedia untuk membincangkan novel Interlok edisi murid secara “matang” di kelas.
Cikgu! Maniam Bukan Paria – FMT, 26 Januari 2011
Cikgu! Saya Tidak Faham Bahasa – FMT, 27 Januari 2011
Dirgahayu Maniam dan Keturunannya – FMT, 28 Januari 2011
Cikgu! Mengapa Wanita Melayu Tidak Setia? – FMT, 29 Januari 2011
Cikgu! Mengapa Maniam Tiada Jati Diri? – FMT, 31 Januari 2011
Cikgu! Penari Kathakali Tidak Pakai Topeng – FMT, 1 Februari 2011
Pada 27 Januari 2011, diumumkan bahawa novel Interlok edisi murid akan dimurnikan. Namun, ada kelompok tertentu yang terus menyalak dan meneruskan kontroversi. Biarlah anjing-anjing itu terus menyalak; bukit tidak akan runtuh!
Sila KLIK DI SINI untuk membaca lebih banyak bahan berkaitan kontroversi novel Interlok Edisi Murid dari Disember 2010 hingga Ogos 2011.