Lakon layar bagi filem itu dihasilkan oleh Darrell Roodt, Andre Pieterse dan Paul Johnson berdasarkan bilografi berjudul Winnie Mandela: A Life tulisan Anne Marie du Preez Bezdrob.
Winnie, 74, berkata, dia tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang kerana rancangan membuat filem itu tidak dirujuk lebih dahulu kepadanya.
Kesatuan Pekerja Kreatif Afrika Selatan turut membantah filem berkenaan dan bercadang mengambil tindakan moratorium iaitu penggantungan atau penangguhan projek pembikinan filem itu secara persetujuan bersama.
Watak Winnie pernah dilakonkan oleh Alfre Woodard dalam filem Mandela manakala Tina Lifford memegang watak itu dalam drama Mandela and De Klerk (1997).
Dalam drama televisyen Mrs Mandela terbitan BBC pada Januari 2010, watak Winnie dipegang oleh Sophie Okonedo.