3 Jul 2010

Setan 90 tahun Rogol 4 Kanak-kanak

Seorang warga emas dari Australia ditahan dan didakwa atas kesalahan merogol empat adik-beradik perempuan di Chiang Mai, Thailand.
.

Karl Joseph Kraus, 90, didapati memujuk kanak-kanak berkenaan dengan memberi coklat import dan kononnya mahu mengajar kelas Bahasa Inggeris, sebelum merogol mereka di rumahnya.

.

Adik-beradik yang menjadi mangsa kerakusan seks lelaki itu berumur antara 5 dan 13 tahun semasa kejadian, dua tahun lalu.

.

“Kraus ditahan di rumahnya pada hari Selasa dan polis menemui hampir 100 foto kanak-kanak bogel.

.

“Lelaki itu turut beraksi bogel bersama kanak-kanak lain dalam beberapa foto itu dan polis sedang mengesan keluarga mereka,” kata Ketua Polis Doi Saket, Kritapol Yeesakorn.

.

Katanya, polis tidak menolak kemungkinan Kraus terlibat dalam sindiket pedofilia, atau seks kanak-kanak, kerana kebanyakan foto terbabit telah dikirim melalui e-mel ke beberapa negara.

.

Lelaki warga Australia itu tinggal di Thailand sejak lebih sepuluh tahun lalu dan mengunjungi ibu bapa kanak-kanak itu sambil menawarkan diri mengajar Bahasa Inggeris.

.

“Lelaki itu memujuk mangsa dengan coklat import sebelum memaksa mereka terlibat dalam aksi seksual bersamanya dan aksi-aksi itu dirakam menggunakan kamera,” kata Kritapol.

.

Perbuatan Kraus terbongkar apabila ibu bapa adik-beradik berkenaan menyoal mereka selepas keempat-empat kanak-kanak itu mula bersikap murung.

.

“Ibu bapa itu segera membuat laporan polis dan waran tangkap dikeluarkan serta merta. Kraus didakwa atas jenayah rogol dan penderaan seks,” katanya.

.

Jiran tetangga menyifatkan Kraus sebagai warga emas yang aktif dan masih memandu kereta dengan cekap. Anehnya, apabila ditahan polis pada 29 Jun 2010, dia tiba-tiba mengadu menghidap penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi, serta lemah anggota badan dan terpaksa menggunakan tongkat untuk berjalan.

.

Beberapa penjenayah pedofilia berprofil tinggi pernah ditangkap di Thailand sebelum ini, termasuk seorang lelaki Kanada yang memuat naik di Internet foto aksi seks bersama kanak-kanak lelaki warga Vietnam dan Kemboja pada 2007.

.

(Sinar Harian, 2 Julai 2010)