Pengakuan itu dibuat oleh Kevorkian, 82, dalam dokumentari khas bertajuk Kevorkian mengenai penglibatannya dalam kes eutanasia serta pengalaman dipenjarakan dari 1999 hingga 2007 kerana membantu pesakit membunuh diri.
Dokumentari khas sepanjang 90 minit itu turut memuatkan wawancara bersama ahli keluarga, rakan sekerja dan banduan yang pernah berkongsi lokap dengan Kevorkian.
Filem dokumentari itu disiarkan menerusi saluran HBO pada 28 Jun 2010 sementara Al Pacino memegang watak Kevorkian dalam filem You Don’t Know Jack (2010).
Saya pernah membaca berita mengenai Kevorkian di akhbar sebelum ini dan tertarik menonton kisahnya – serta lakonan mantap Al Pacino – dalam dalam filem You Don’t Know Jack beberapa hari lalu.
Penampilan kisah berciri biopic ini turut mengingatkan saya kepada filem Creation (2009) dan beberapa lagi filem bermutu yang amat wajar ditonton.
..
(Sinar Harian, 30 Jun 2010)