Cerpen-cerpen yang terkumpul dalam antologi Seruling Di Persimpangan selenggaraan M. Balachandran mengemukakan persoalan yang pelbagai. Dari segi teknik penulisan, perlu diakui bahawa hampir kesemua cerpen dalam antologi ini memaparkan teknik penceritaan yang bersifat konvensional. Penulis ketara campur tangan dalam “menceritakan” (telling) kepada pembaca apa yang berlaku.
.
Begitu juga dalam beberapa cerpen, penulis ketara bercerita secara meleret-leret tentang hal-hal yang tidak membantu ke arah perkembangan cerita. Penceritaan yang meleret-leret ini telah saya sunting semasa mengedit manuskrip versi Bahasa Malaysia semata-mata bagi menjadikan cerpen-cerpen ini lebih padat dan lancar dari segi isi dan bentuk.
.
Sekiranya dibandingkan dengan cerpen-cerpen Bahasa Malaysia yang dihasilkan oleh beberapa sasterawan kaum India di Malaysia, cerpen-cerpen Bahasa Tamil di negara ini masih berada jauh di belakang. Hal ini antara lain mungkin disebabkan kurangnya pendedahan terhadap teknik penulisan dan ilmu bantu. Tidak terkecuali juga tuntutan pihak penerbit (akhbar dan majalah), ketidak seriusan penulis dalam berkarya serta tiada permintaan daripada kalangan pembaca akhbar dan majalah Tamil bagi mewujudkan ruangan sastera secara tetap dalam media tersebut.

Cerpen-cerpen yang termuat dalam Seruling Di Persimpangan adalah: “Protes” (I. Ilavalagu), “Penantian” (Janaki Kannan), “Seruling Di Persimpangan” (Paavai), “Fajar Belum Menyingsing” (K. Gunasegaran), “Raja Kehilangan Tampuk” (Ve. Rajeswary), “Memori Cinta” (M. Jayaletchumy), “Tikus Dibaham Ular” (Ko. Punniavan), “Dahaga” (Samy Murthy), “Monolog Seorang Pesara” (M. Anbuchelvan), “Belaian” (Athiletchumy), “Pagar” (Ku. Krishnan) dan “Akar Mengorak Langkah” (N. Pachaibalan).
.
Tema yang menjadi pilihan penulis dalam antologi ini adalah tema-tema yang berkisar pada hal kekeluargaan di ladang-ladang. Masyarakat India digambarkan sebagai masih mundur dan belum mencapai mobiliti sosial yang sewajarnya. Golongan pemimpin masyarakat – terutama yang terlibat dalam parti politik – digambarkan sebagai manusia yang mementingkan diri sendiri.

Nampaknya tema dan persoalan yang lebih luas tidak diteroka oleh para penulis Bahasa Tamil. Sepatutnya hal-hal kontemporari dalam masyarakat India turut disentuh dalam karya. Jika tidak – dengan mengandaikan bahawa cerpen-cerpen Bahasa Tamil yang dihasilkan akan diterjemahkan ke Bahasa Malaysia – maka pembaca akan mendapat gambaran dan maklumat yang salah tentang kaum India di Malaysia. Atau lebih teruk lagi, cerpen Bahasa Tamil akan gagal menjadi penggambar citra masyarakat. Demikian saya menegaskan pada “Prakata” antologi berkenaan.

...
(Petikan kertas kerja yang disampaikan pada acara “Apresiasi Sastera Kaum India” anjuran bersama Kavyan dan Majlis Kebudayaan Negeri Selangor Darul Ehsan di Morib, Selangor pada 17 Januari 2004. Disiarkan dalam majalah Minda, Jun 2004. Baca juga - What Tamil Writers? dan Speaking in Tongues: The Kavyan Writers.)