Pengenalan
Pertubuhan
Sasterawan Kaum India (Kavyan) menjadi pelopor acara membaca
teks cerpen/cerita/fiksyen di pentas menerusi acara “Baca Cerpen Kavyan” pada 2003; serta
tercatat dalam The Malaysia Book of
Records. Pelbagai acara membaca teks diteruskan dari semasa ke semasa dengan
kerjasama pelbagai pihak untuk memupuk minat membaca dalam kalangan
masyarakat majmuk di Malaysia.
Kumpulan
cerita rakyat India berjudul Nari! Nari! mula-mula terbit pada 1995
dan diulang cetak pada 2000. Edisi baharu buku itu diterbitkan pada 2015 serta
diulang cetak pada 2023 dan 2024 bagi memenuhi keperluan bahan bacaan bermutu
dalam Bahasa Malaysia bagi Bangsa Malaysia.
Video Membaca Teks Nari! Nari!
Projek Baca Cerita Nari! Nari! dirancang bagi
meneruskan usaha membudayakan amalan membaca serta membuka peluang kepada orang
ramai membaca teks cerita rakyat untuk tontonan umum. Video akan disunting dan
didokumentasi di YouTube
dengan harapan usaha ini mampu memberi inspirasi kepada lebih ramai/pihak untuk
melakukan perkara seperti ini – sebagaimana Baca
Cerpen Kavyan (2003) merintis kepada populariti acara baca cerpen Bahasa
Malaysia di pentas. Usaha ini juga demi memperkenalkan cerita rakyat India dalam
Bahasa Malaysia kepada masyarakat
pelbagai kaum di Malaysia.
Panduan dan Gerak Kerja
1. Terbuka kepada kanak-kanak,
remaja, dan dewasa.
2. Wajib boleh membaca dengan
lancar.
3. Wajib boleh membaca tanpa
gaya sebutan orang Inggeris.
4. Setiap peserta hanya perlu
membaca maksimum dua halaman.
5. Peserta wajib sudah memiliki buku
Nari! Nari! [semak stok]
6. Peserta wajib memegang buku Nari! Nari! semasa rakaman bacaan.
7. Jangan lipat/gulung bulu semasa
memegangnya!
8. Jangan hafaz. Sebaliknya, baca dari
buku.
9. Jangan sebut tajuk cerita semasa
rakaman.
10. Jangan perkenalkan diri semasa
rakaman.
11. Jangan beri ucapan semasa
rakaman.
12. Hanya perlu membaca petikan
cerita. Itu sahaja. Titik.
13. Jangan ucap “terima kasih”
selepas habis membaca.
14. Pastikan wajah peserta tidak
tertutup atau terlindung.
15. Rakaman menggunakan telefon
bimbit.
16. Rakaman mesti secara mendatar (horizontal) dan bukan secara
menegak (vertical).
17. Apabila memulakan rakaman: Diam.
Pandang kamera/telefon 10 saat. Barulah mula membaca petikan cerita.
18. Apabila menamatkan rakaman: Diam.
Pandang kamera/telefon 10 saat. Barulah tekan butang tamat (stop).
19. Suara bacaan perlulah jelas.
Tetapi jangan menjerit!
20. Baca dengan penuh gaya. Bukan
seperti mahu pendengar tertidur!
21. Semasa membaca, sesekali cuba
pandang kamera/telefon.
22. Jangan masukkan apa-apa kesan
khas, muzik latar, sari kata, dan seumpamanya pada video.
23. Video yang siap perlu dihantar
menerusi Telegram kepada Uthaya Sankar SB. Kiriman menerusi cara lain tidak
dilayan.
24. Tarikh mula mengirim video rakaman
bacaan ialah 25
November 2024. Tolong jangan kirim sebelum tarikh itu.
25. Tarikh akhir mengirim video rakaman
bacaan ialah 30
November 2024 (7:00 malam).
26. Setiap peserta hanya dibenarkan
mengirim satu video rakaman bacaan.
Permintaan untuk menggantikan video pertama dengan video baharu tidak
dilayan. Maka, sila fikir semasak-masaknya sebelum mengirim hanya satu video rakaman bacaan.
27. Video akan disunting, digabung,
dan dipaparkan di YouTube, selain dikongsi menerusi media
sosial.
Tajuk Cerita dan Halaman
1. Sebagai permulaan, tiga cerita
dipilih untuk dijadikan teks bacaan.
2. Sila rujuk tajuk cerita rakyat dan
pembahagian halaman pada jadual di bawah.
3. Peserta dari keluarga/sekolah/rumah
yang sama dinasihati tidak memilih giliran yang berurutan. Kalau ada
tiga orang, pilihlah tiga cerita yang berlainan.
4. Peserta boleh memilih halaman
yang diminati semasa mendaftar. Tetapi, jika halaman itu sudah diambil peserta
lain, perlulah memilih halaman lain.
5. Peserta perlu menggunakan logik
apabila memilih di mana perlu mula membaca dan di mana perlu tamatkan bacaan.
Contoh:
Orang yang membaca Halaman 2 perlu berhenti di “Bukankah elok jika bulu kita
berwarna?” dan orang yang membaca Halaman 3 perlu bermula dengan “Betul juga
kata kamu, wahai sahabatku, Gagak,” sambut Merak …
Contoh:
Orang yang membaca Halaman 11 perlu sambung bacaan sehingga “menyelamatkan diri
daripada menjadi mangsa” dan orang yang membaca Halaman 12 perlu mulakan dengan
“Akhirnya, Gagak dan Merak mengambil …”
Tajuk
Cerita: “Kisah
Binatang Mendapat Warna”
Halaman |
Nama Peserta (Pembaca) |
1-2 |
|
3-4 |
|
5-6 |
|
7-9 |
|
10-11 |
|
12-13 |
|
14-15 |
|
16-17 |
|
18-19 |
|
20-22 |
|
Tajuk
Cerita: “Serigala
Biru”
Halaman |
Nama Peserta (Pembaca) |
23-24 |
|
26-27 |
|
28-29 |
|
30-31 |
|
32-33 |
|
34-35 |
|
36-37 |
|
38-40 |
|
Tajuk
Cerita: “Thandira
Nari”
Halaman |
Nama Peserta (Pembaca) |
41-42 |
|
43-44 |
|
45-46 |
|
47-48 |
|
49-50 |
|
51-52 |
|
53-54 |
|
55-56 |
|
57-58 |
|
59 |
|
Pendaftaran Peserta
1. Kanak-kanak, remaja, dan dewasa
boleh mengambil bahagian.
2. Untuk mendaftar, sila kirim (1)
nama sebenar peserta, (2) nombor telefon, (3) tempat tinggal [bandar dan negeri], serta (4) halaman pilihan, ke WhatsApp 011-11411952
(Uthaya).
3. Saya akan hubungi semula peserta untuk
mengesahkan penyertaan dan halaman untuk dibaca.
4. Pendaftaran ditutup pada 21 November 2024, atau sebaik jumlah peserta sudah mencukupi.
5. Tolong jangan mendaftar
sebagai peserta jika anda tidak mampu mematuhi syarat dan panduan yang diberi.
6. Tolong jangan mendaftar
sebagai peserta jika anda tidak mampu mengirim video rakaman sebelum tarikh
tutup.
Tarikh Menghantar Rakaman Video
1. Tarikh mula mengirim video rakaman bacaan ialah 25 November 2024. Tolongan jangan
kirim sebelum itu.
2. Tarikh akhir mengirim video rakaman bacaan ialah 30 November 2024 (7:00 malam).
3. Video perlu dihantar menerusi Telegram
kepada Uthaya Sankar SB. Kiriman menerusi cara
lain tidak dilayan.
4. Peserta dianggap menarik diri
pada saat akhir jika gagal mengirim rakaman video menerusi Telegram sebelum 30 November
2024 (7:00 malam).
5. Sebarang rayuan atau alasan tidak
dilayan.