Saya
suka mengembara dan berjalan-jalan ke tempat-tempat yang kurang diketahui atau
diminati kebanyakan orang.
Memang
banyak tempat menarik untuk dikunjungi di dalam negeri (Malaysia) dengan kos
yang murah/sederhana. Bukanlah melawat bangunan-bangunan batu; tetapi
tempat-tempat semula jadi yang kurang dikenali. Tempat yang dihuni masyarakat
biasa.
Apabila
ada peluang dan masa terluang, saya bercadang berjalan-jalan ke beberapa tempat
menarik yang kurang dikenali orang. Sebagai seorang penulis, tentu sahaja
kunjungan ini turut bertujuan mengumpulkan pengalaman dan bahan bagi penulisan.
Bagi
tujuan “pengembaraan” ini, saya memerlukan rakan mengembara (travel mate; travel buddy) yang sesuai dan
serasi untuk menemani saya.
Saya
tidak mahu melancong atau berjalan-jalan dalam kumpulan besar. Biarlah dua
orang sahaja supaya dapat meluangkan masa bersama-sama sambil berbual-bual,
menambah pengalaman dan mengumpulkan bahan; serta merakamkan foto di tempat-tempat
yang dikunjungi. Boleh juga berkongsi panduan dan pengalaman menulis.
Rakan
mengembara yang dicari mestilah seorang individu yang sederhana – bukan
mengharapkan tempat penginapan mewah atau layanan/makanan mewah atau kereta
mewah.
Sebaliknya
rakan mengembara yang sedia tinggal di hotel (rumah tumpangan) murah serta
menikmati makanan yang sederhana sahaja. Tidak mengharapkan sebarang kemewahan
atau layanan istimewa.
Kos
perjalanan (petrol, tol, hotel) boleh saya tanggung sementara kos makan-minum,
pembelian barangan/cenderamata dan sebagainya perlu ditanggung sendiri.
Individu
terbabit sebaik-baiknya orang bujang. Orang yang sudah berkeluarga atau ada
kekasih atau sedang hangat bercinta mungkin akan terlalu sibuk berfikir tentang
suami, isteri, anak atau kekasih. Jika begitu, lebih baik mereka duduk di rumah
sahaja!
Individu
terbabit juga mestilah mampu hidup selama dua hari tanpa meluangkan masa berjam-jam
bersama-sama telefon pintar (smart phone)
untuk berkomunikasi dengan orang lain (SMS, berbual, Facebook, WhatsApp dan
sebagainya). Lebih baik mereka duduk di rumah sahaja!
Rakan
mengembara yang saya cari mestilah seorang individu yang mesra dan suka berbual
secara terbuka serta suka akan pengalaman baru (adventure).
Kaum,
agama, pekerjaan dan seumpamanya tidak menjadi persoalan asalkan kita mampu
saling memahami dan menghormati. Umur sebaik-baiknya antara 18 dan 38 tahun.
Wanita
Muslim tidak digalakkan kerana rakan
mengembara perlu berkongsi bilik dengan saya.
Biasanya
saya suka memulakan perjalanan pada awal pagi Sabtu dan pulang
menjelang/sebelum petang Ahad. Selama tempoh itulah juga rakan mengembara perlu
bersedia untuk “berpisah” dengan dunia telefon pintarnya.
Jika
ada sesiapa yang berminat, sila hubungi saya menerusi e-mel uthayasb@yahoo.com.my
[jangan tertinggal .my] atau kirim mesej menerusi www.facebook.com/uthaya
untuk mengatur jadual perjalanan.