Untuk rekod, saya tidak pernah
menaruh walau setitik rasa hormat
terhadap Ridhuan Tee Abdullah (nama asal: Tee Chuan Seng) sejak dahulu. Pendirian saya tidak pula
berubah berikutan penyiaran tulisan bertajuk “Kesabaran umat Islam ada had” oleh individu keturunan Cina itu di akhbar Sinar Harian pada 18 Februari 2013. Sila rujuk juga komen berkaitan dalam makalah Antara Konvoi Rumah Ibadat dan Ultra Kiasu.