8 Sept 2012

Biodata – Saroja Theavy Balakrishnan

Nama Saroja Theavy Balakrishnan mula melonjak sebaik penulis kelahiran Alor Setar, Kedah ini menang tempat pertama Hadiah Cerpen Maybank-DBP 1991 menerusi cerpen “Kandasami”. Bekas guru ini turut berkongsi hadiah pertama Pertandingan Menulis Cerpen Formula Malaysia 1999/2000 bersama Hizairi Othman dan Ani Mawar Abdullah. Beliau muncul dengan dua kumpulan cerpen iaitu Gemerlapan (1997) dan Keinginan Kecil di Celah Daun (2003). ... Biodata penuh para Sasterawan Kavyan boleh dibaca dalam buku Kavya Sastra (2021) yang merupakan hasil kajian peringkat sarjana sastera (MA).