7 Oct 2010

Enthiran: The Comic

Saya menonton filem “Enthiran” (2010) bersama Devishi Prabha Sankari pada 6 Oktober 2010. Berikut antara perkara baru yang saya belajar selepas menonton filem berkenaan:
.

Jika seseorang mengatakan filem “Hulk” (2003) arahan Ang Lee amat bodoh, orang itu ternyata belum menonton “Enthiran” (2010) arahan Shankar.

.

Jika filem Inggeris yang biasanya 90 minit dijadikan 120 minit, pasti ada sebab penting. Tiada alasan logik diperlukan untuk menghasilkan filem Tamil sepanjang 180 minit.

.

With technology comes stupidity. And I’m not talking about the moral of the story in “Enthiran” but the movie itself.

.

Wanita muda suka lelaki tua. Katakan Vaseegaran mula membuat robot pada usia 30 tahun. Sepuluh tahun kemudian, Chitti terhasil semasa umur Vasee 40 tahun. Watak Sana pelajar perubatan (mungkin berumur 20 tahun).

.

Seorang saintis hanya memerlukan dua pembantu serba bodoh (Ravi dan Siva) untuk menghasilkan robot yang bakal mengubah dunia.

.

Pembantu saintis perlu sentiasa memakai selipar di makmal supaya mudah untuk robot memukul mereka dengan selipar itu.

.

Sari kata Bahasa Inggeris amat menarik kerana penulis sari kata menghadapi masalah untuk menterjemah lirik lagu-lagu yang berbaur kelucahan.

.

Seperti biasa, lagu-lagu tidak perlu ada apa-apa kaitan dengan jalan cerita.

.

Ternyata tiada sesiapa yang menasihatkan Kalanidhi Maran (penerbit) dan Shankar (pengarah) supaya menghasilkan “Enthiran: The Comic”.

.

Terlalu banyak robot tanpa sebarang latar belakang diri. Dan saya bercakap mengenai watak-watak selain daripada Chitti dan konconya.

.

Lifeless! And I’m not talking about the machines and robots.

.

Dalam filem “Bicentennial Man” (1999), robot mengambil masa lebih 200 tahun untuk menjadi “manusia” tetapi hanya sebulan dalam budaya filem Tamil. Ternyata panahan petir amat membantu!

.

Pengembaraan watak David dalam “A.I.” (2001) untuk menjadi “manusia” lebih menarik daripada cita-cita Chitti untuk memiliki Sana.

.

Mujurlah Rajnikanth sudah berjanji tidak akan melakonkan watak orang muda selepas ini!

.

Robot Chitti fasih semua bahasa dunia. Namun, semua arahan terpaksa menggunakan Bahasa Inggeris. Mungkin Chitti tidak tahu membaca tulisan Tamil. Mungkin.

.

Bangunan-bangunan di Tamil Nadu memang dibina dengan rangka besi yang amat kukuh. Perhatikan babak kebakaran besar.

.

Bayangkan: Beberapa blok bangunan tinggi sedang hangus terbakar. Sebuah lori dipandu laju dan melanggar wanita (Selvi) yang berlari melintas jalan. Agaknya pemandu di Tamil Nadu bukan “penyibuk” seperti di Malaysia.

.

Ternyata topeng sudah mencukupi untuk menggantikan tempat Rajni dalam filem-filem akan datang.

.

Ketiadaan ekspresi muka amat sesuai dengan muka plastik kebanyakan watak.

.

Akhirnya The Dancing Maharaj (gelaran Rajni di Jepun) kelihatan menari! Tapi sayangnya orang lain yang memakai topeng plastik.

.

Robot diperbuat daripada bahan yang tidak menjadi panas apabila berada di tengah-tengah kebakaran bangunan. Ini ilmu baru bagi saya.

.

Tidak rugi membazir RM9 untuk menonton filem ini di pawagam.

.

Nota: Catatan lama saya sebelum kemunculan filem ini boleh dibaca DI SINI.