18 Mar 2011

Pembentangan kepada Presiden MIC

Pada jam 10:30 pagi, 18 Mac 2011, Uthaya Sankar SB dan G Krishnabahawan memenuhi undangan untuk bertemu Presiden MIC di ibu pejabat MIC dan membentangkan apa yang sebenarnya berlaku semasa perjumpaan di Aras 3, Menara Parlimen pada 16 Mac 2011.
.

Pertemuan ini adalah untuk “membentangkan” apa yang berlaku pada 16 Mac 2011 dan tidak ada apa-apa kaitan dengan sebarang usaha “memujuk” atau “kekal dalam Panel Bebas”.

.

Butir lengkap berkaitan apa-apa yang dibentangkan boleh dibaca DI SINI.

.

Tiada sebarang perubahan pada pendirian Dr Rajendran, Krishnabahawan dan Uthaya Sankar SB selepas apa yang berlaku pada 16 Mac 2011.

.

Kami bertiga berpegang pada keputusan pindaan yang telah diperakukan secara konsensus oleh Panel Bebas pada 4 Mac 2011. Sekiranya pindaan tidak dilakukan seperti diperakukan, maka novel Interlok edisi murid perlu dikeluarkan terus; seperti yang sudah dinyatakan bersama-sama senarai pindaan yang sudah diperakukan itu.

.

Perkembangan dan kenyataan rasmi akan dimuatkan di blog ini dari semasa ke semasa mengikut keperluan.