19 Oct 2010

Hak Cipta Jadi Rebutan

Pergelutan antara ahli keluarga John Steinbeck masih berlaku berhubung soal pemilikan hak cipta karya dan hak menerima bayaran royalti bagi karya-karya sastera yang dihasilkan pengarang terkenal itu.
.

Pada 13 Oktober 2010, Mahkamah Rayuan New York mengumumkan keputusan bahawa apa yang diputuskan Hakim Mahkamah Rendah sebelum ini adalah betul dan tidak perlu dibatalkan.

.

Isu timbul apabila anak pengarang itu, Thomas, dan cucunya, Blake Smyle memfailkan saman ke atas pengurus harta pusaka Steinbeck pada 2003.

.

Masalah timbul apabila Steinbeck mewasiatkan hak karyanya kepada isteri ketiganya, Elaine. Wanita itu yang meninggal dunia pada 2003 pula mewasiatkan hak karya itu kepada anak-anaknya yang merupakan anak tiri kepada Steinbeck.

.

Thomas dan Blake mengatakan mereka lebih berhak memiliki hak karya-karya Steinbeck berbanding anak-anak tiri pengarang itu.

.

Antara novel terkenal beliau adalah The Grapes of Wrath (1939) yang dijadikan filem pada 1940; Of Mice and Men (1937) yang dijadikan filem pada 1939 dan 1992; East of Eden (1952) yang difilemkan pada 1955; Cannery Row (1945) dan The Pearl (1947).

...

Skrip ini ditulis berdasarkan pelbagai sumber dan disiarkan di Halaman Global, akhbar Sinar Harian pada 16 Oktober 2010.