18 Mar 2014

Untuk penganut Hindu sahaja?


[Persoalan dan masalah yang timbul apabila bahan berkaitan ajaran Hindu ditulis dalam Bahasa Malaysia.]

 

Penulisan dan penyiaran bahan-bahan berkaitan ajaran Hindu dalam Bahasa Malaysia bukanlah sesuatu yang baru di Malaysia. Perbuatan itu tidak menimbulkan sebarang masalah kerana buku-buku berkenaan biasanya disasarkan khusus untuk khalayak Hindu sahaja.

 

Persatuan Hindu Universiti Malaya, misalnya, amat rajin menterjemah dan menerbitkan buku-buku seperti ini pada tahun 1990-an. Misalnya, petikan daripada buku Vivekanandarin Ari Uraigal dan Dharma Ubhatesam dipetik, diterjemah dan diterbitkan sebagai sebuah buku berjudul Agama Hindu: Motivasi dan Etika (1993).

 

Penterjemahan buku-buku berkaitan ajaran Hindu daripada Bahasa Tamil kepada Bahasa Malaysia biasanya dilakukan dalam usaha memastikan generasi muda kaum India-Hindu di Malaysia tetap berpeluang mendalami ajaran agama anutan mereka.

 

“Mereka yang dari sekolah kebangsaan, kebanyakannya tidak dapat membaca bahasa Tamil, menyebabkan mereka sangat kekurangan pengetahuan agama. Manakala mereka yang dari sekolah Tamil pula semakin berkurangan jumlahnya dan walaupun mereka fasih di Tamil namun minat keagamaan mereka berkurangan kerana pelbagai faktor kemodenan dan kesibukan mengejar harta dunia.

 

“Penggunaan Bahasa Tamil yang semakin berkurangan di kalangan masyarakat India turut menyebabkan faktor berkurangnya pengetahuan agama di kalangan masyarakat ini.”

 
Demikian pandangan yang dikemukakan oleh M S Rama pada bahagian prakata buku Panduan Bhagavad Gita Untuk Hidup Berjaya. Malangnya buku berkenaan tidak mempunyai nombor pendaftaran ISBN mahupun tahun terbit. [BACA MAKALAH PENUH DI SINI]