6 Nov 2012

Saya Mahu Membeli Buku Anda


Pusingan kedua sudah berakhir dan kini, pusingan ketiga dibuka! [Rujuk pusingan pertama DI SINI]
 
Tawaran ini khusus bagi penulis Malaysia yang menerbitkan sendiri buku-buku mereka.
 
Bahasa karya: Bahasa Malaysia.
 
Buku-buku terbabit wajib mempunyai tanda harga, kod jalur (barcode) dan ISBN.
 
Saya sedia membeli minimum 50 naskhah buku anda; tertakluk pada diskaun yang diberikan. Maksimum, 70 naskhah sahaja bagi setiap judul.
 
Hanya karya-karya bermutu dari segi bahasa dan kandungan akan diberi perhatian. (Buku-buku yang ada unsur pencemaran bahasa, seks dan berahi tidak akan dipertimbangkan langsung.)
 
Penulis yang berminat perlu menyerahkan satu naskhah buku untuk tujuan penilaian (tidak dikembalikan).
 
Buku-buku akan dinilai dan diluluskan oleh saya sendiri. Keputusan penilaian adalah muktamad.
 
Tarikh tutup: 30 November 2012 bagi pusingan kedua. Bagi pusingan ketiga, tarikh tutup pada 31 Januari 2013 (atau lebih awal jika jumlah buku sudah mencukupi)
 
Bagi buku-buku yang terpilih, bayaran penuh akan dilakukan dalam masa sekitar tiga bulan selepas buku-buku yang terpilih itu diserahkan kepada saya.
 
Sejumlah RM30,000.00 diperuntukkan khusus bagi tujuan ini dalam usaha membantu rakan-rakan penulis yang menerbitkan sendiri karya-karya bermutu. Daripada saya mengaut keseluruhan RM30,000.00 ini untuk diri sendiri, lebih baik saya berkongsi bersama rakan-rakan penulis yang turut menerbitkan buku sendiri. [NOTA: Sehingga 10 Disember 2012, ada baki peruntukan RM20,000.00 dan dibawa masuk ke pusingan ketiga.]
 
Harap maklum bahawa tawaran ini TIDAK dibuka kepada puak “anti-Kavyan” dan “anti-Uthaya”.
 
Hubungi saya melalui e-mel, mesej Facebook atau melalui telefon jika anda ada buku-buku yang anda terbitkan sendiri. Harap maklum bahawa SMS akan dibaca tetapi tidak akan dibalas.