21 Jul 2012

Tiga Buku dari Kubur dan ...





Pada Ogos dan September 2009, saya pernah menjual beberapa buku saya menerusi promosi “Buku-buku dari Kubur”. Malah saya menawarkannya pada “harga dari kubur”. Sila rujuk artikel “Buku-buku yang Bangkit Semula dari Kubur” yang disiarkan di The Malaysian Insider (8 Ogos 2009) untuk maklumat lanjut.

Kini, selain daripada menjual beberapa buku karya Faisal Tehrani, Roslan Jomel dan Jimadie Shah Othman – RUJUK DI SINI – serta dua judul karya Datuk A. Samad Said – RUJUK DI SINI – saya juga memutuskan untuk menjual jumlah terhad “Tiga Buku dari Kubur”.

Tiga judul “retro” kumpulan cerpen Bahasa Malaysia ditawarkan kepada sesiapa yang berminat memiliki buku-buku ini sebagai koleksi peribadi:

Orang Dimensi (DBP: 1994 – cetakan pertama)
Ini buku pertama Uthaya Sankar SB sejak bergelar penulis. Gaya penyampaian yang tersendiri dan asli serta diadun secara padat dan pendek sehingga menimbulkan kesan yang mendalam. Tiada penjelasan yang bertele-tele dan/atau membosankan melainkan cerita bertempo cepat, justeru menjadikannya memikat dari mula hingga akhir.

Siru Kambam (DBP: 1997 – cetakan kedua)
Kampung kecil bernama “Siru Kambam” di Taiping, Perak semakin sebati dengan karya-karya Uthaya Sankar SB. Kesemua cerpen dalam kumpulan ini memperlihatkan keterampilan penulis muda ini menguasai mekanisme penulisan dengan baik dan diperteguh pula dengan gaya bahasa yang menarik. – Dr Othman Puteh (Allahyarham) [BACA LAGI]

Surat Dari Madras (DBP: 1999 – cetakan pertama)
Pasti ada sebab yang munasabah mengapa kumpulan cerpen remaja ini menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 1998/99. Buku ini mengumpulkan 16 buah cerpen yang mencabar minda serta merangsang pemikiran kreatif dan kritikal dalam kalangan pembaca. [BACA LAGI]

Harga pakej “tiga buku” yang ditawarkan adalah seperti berikut; sementara stok masih ada:

Orang Dimensi + Siru Kambam + Surat Dari Madras
Harga pakej: RM30.00 sahaja
Kos penghantaran: PERCUMA (pos biasa; Malaysia sahaja)
Catatan: Setiap buku akan ditulis nama pembeli dan ditandatangani penulis

Jumlah baki stok yang ditemui “terkubur” di stor adalah terhad. Maka, konsep “siapa (bayar) cepat, dia dapat” digunakan dalam jualan ini.

Anda juga mungkin berminat untuk memiliki:

Rudra Avatara (USSB: 2008 – cetakan pertama)
Sejumlah sebelas cerpen yang terkandung di dalam buku ini dipilih secara penuh teliti supaya sesuai bagi bacaan, tafsiran, pemahaman, penilaian dan kritikan golongan yang gemar membaca karya yang mencabar minda. [BACA LAGI]

Kathakali (USSB: 2009 – cetakan pertama)
Cerpen-cerpen dalam kumpulan ini menampilkan teknik, gaya dan persoalan yang mencabar minda serta memaksa pembaca berfikir secara kritis dan di luar corak pemikiran konvensional. Kathakali menampilkan citra dan aspirasi generasi muda Bangsa Malaysia dari kaca mata salah seorang sasterawan terpenting di Malaysia. [BACA LAGI]

Harga pakej “dua buku” yang ditawarkan adalah seperti berikut; sementara stok masih ada:

Rudra Avatara + Kathakali
Harga pakej: RM20.00 sahaja
Kos penghantaran: PERCUMA (pos biasa; Malaysia sahaja)
Catatan: Setiap buku akan ditulis nama pembeli dan ditandatangani penulis

Anda juga mungkin berminat untuk memiliki:


Pengarang: Uthaya Sankar SB, Izan Ali, Nurfa
Harga Pasaran: RM22.00 (Sabah/Sarawak: RM25.00)
Harga Runtuh (seluruh Malaysia): RM16.00
Anda Jimat: RM6.00 (Sabah/Sarawak: RM9.00)
Kos Penghantaran: PERCUMA (Ditanggung oleh Kavyan)


Sila hubungi saya menerusi e-mel uthayasb@yahoo.com.my [jangan lupa .my] atau hantar mesej peribadi (PM) menerusi Facebook untuk membuat pesanan. Atau lakukan pembelian secara dalam talian dengan membuat bayaran dan mengisi Borang Tempahan Buku Bermutu.

[Sila JANGAN membuat pesanan menerusi telefon atau SMS kerana tidak akan dilayan sama sekali.]

Buku-buku akan dikirim melalui pos kepada pembeli selewat-lewatnya dua hari selepas bayaran diterima (tidak termasuk Ahad dan cuti umum).

Puak “anti-Uthaya” dan “anti-Kavyan” amat wajar membeli dan mengkaji buku-buku ini sebagai usaha mencari alasan untuk menyemarakkan kempen “anti” yang sedang giat dilakukan.

Orang ramai pula boleh membeli dan membaca buku-buku ini sebagai santapan minda. Sesuai juga bagi mahasiswa dan pengkaji sastera. Buku-buku lain: SILA KLIK DI SINI.