21 Dec 2011

Interlok: MIC Tidak Dihormati?

Akhbar Malaysia Nanban keluaran 20 Disember 2011 menyiarkan pertanyaan penting yang dikemukakan Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago berhubung perkembangan terkini kontroversi novel Interlok Edisi Murid.

Beliau bertanya, apakah suara MIC dalam isu itu sudah tidak dihormati memandangkan walaupun dua pemimpin MIC membuat “pengumuman” bahawa novel itu akan ditarik balik, kenyataan mereka berdua itu sendiri menimbulkan pelbagai reaksi dan bantahan.


Sila KLIK DI SINI untuk lebih memahami isu ini yang – pada pemerhatian saya – sudah menjadi sebuah “sandiwara”.