10 Nov 2011

Pertandingan Baca Cerpen Kavyan

Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) menganjurkan Pertandingan Baca Cerpen Kavyan pada 26 November 2011 di Shah Alam.

Acara ini diadakan sempena meraikan pembukaan bangunan baru Perpustakaan Raja Tun Uda (RATU) di Seksyen 13, Shah Alam, selain mengenang acara Baca Cerpen Kavyan pada Ogos-September 2003 yang mencatat nama dalam The Malaysia Book of Records.


Sila KLIK DI SINI untuk mendapatkan maklumat terperinci dan serba lengkap mengenai Pertandingan Baca Cerpen Kavyan yang terbahagi pada Kategori Remaja dan Dewasa.