3 Sept 2011

Antologi Cerpen Pengarang Malaysia

Satu siri antologi cerpen yang memuatkan karya-karya penulis veteran dan kontemporari sedang diusahakan bersama sebuah penerbitan yang mempunyai rekod bersih dalam soal pembayaran royalti.

Mengikut perancangan awal, cerpen-cerpen dalam antologi berkenaan akan disusun mengikut kronologi tarikh dihasilkan supaya mampu memberi pembaca peluang menghayati perkembangan pemikiran dan ideologi pengarang.


Senarai penulis veteran dan kontemporari yang masih aktif menghasilkan cerpen Bahasa Malaysia sedang dikumpul untuk dipertimbangkan bagi projek penerbitan ini.


Hak cipta karya tetap dipegang penulis berkenaan dan penerbit akan membayar royalti mengikut kadar semasa; sebagaimana akan dinyatakan dalam surat perjanjian yang akan ditandatangani nanti.


Cerpen-cerpen bagi tujuan antologi ini mestilah karya yang sudah pernah tersiar dan mempunyai nilai sastera serta mutu bahasa yang tinggi. Penulis yang terpilih akan dihubungi oleh penerbit berkenaan untuk urusan lanjut.


Para penulis yang terpilih nanti perlu mengemukakan manuskrip cerpen yang ditaip bersih dan kemas menerusi e-mel secara lampiran. Khidmat menaip dan menyemak kesalahan bahasa tidak disediakan.


Setiap penulis yang terpilih akan diminta mengirim sekitar lima cerpen asli yang sudah pernah disiarkan.


Harap sudi menyebarkan maklumat ini kepada rakan-rakan penulis yang mungkin berminat.


Mana-mana penulis yang berminat untuk terlibat sama dalam projek ini diminta mengemukakan maklumat diri ke alamat e-mel uthayasb@yahoo.com.my sebelum 30 September 2011. Yang dahulu didahulukan, yang kemudian dikemudiankan.


Maklumat awal yang perlu dikirim adalah seperti berikut:


Nama Penuh:


Nama Pena:


Nombor Telefon Bimbit:


Alamat e-mel:


Pautan Blog/Sesawang:


Alamat Surat-menyurat:


Pekerjaan Sekarang:


Aktif Menulis Sejak Tahun:


Senarai Buku Persendirian & Tahun Terbit:


Penulis yang terpilih akan dihubungi untuk perbincangan lanjut.