16 May 2011

Hasil Perbincangan – Bahagian 1

Sila rujuk catatan awal DI SINI sebelum meneruskan pembacaan. ... Saya paparkan sedikit demi sedikit di blog ini apabila ada masa terluang. Untuk memudahkan pembacaan, saya menggunakan tiga warna: Ibu BapaPegawai JPS/PPDPengetua.

Timbalan Menteri Pelajaran dilaporkan di akhbar sebagai berkata, jika melibatkan kes buli dan belasah, pembuli akan diambil tindakan segera seperti gantung atau buang. Kes anak saya berlaku pada 13 April 2011 tetapi kenapa tiada sebarang tindakan oleh sekolah?


Sekolah sudah membuat siasatan, ada pelajar yang sudah membuat pengakuan. Tapi polis juga membuat siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan cedera dengan sengaja. Jika polis putuskan bukan kes mengikut seksyen itu, baru sekolah akan ambil alih kes dan buat keputusan: gantung, buang atau rotan.


Pelajar (pembuli) yang sama terlibat dalam satu lagi kes rusuhan di sekolah pada 20 April 2011. Kalau sudah ambil tindakan segera selepas insiden 13 April, tentu kes 20 April dapat dibendung.


Tapi itu satu kes lain.


Kalau sudah ambil tindakan selepas kes 13 April, tentu kes 20 April tidak muncul. Kami datang berjumpa pengetua pada 15 April tetapi pengetua bersikap lepas tangan. Dia langsung tidak hubungi kami selepas itu. ... Ada banyak lagi kes yang berlaku sejak empat tahun lalu sebagai bukti kelemahan pentadbiran pengetua ini. ... Kes anak kami dipukul pula “ditolak” kepada polis dan kini sudah lebih sebulan. Tiada sebarang tindakan atau perkembangan. Akhirnya kami terpaksa dapatkan bantuan media serta buat surat aduan kepada menteri Pelajaran selepas beberapa lagi kes berlaku. Anak kami memang takut datang ke sekolah. ... Kami boleh maafkan pelajar yang membuli dan memukul anak kami, tapi isu sekarang adalah sikap pengetua dalam hal ini. Kes disiplin sekolah semakin merosot. Pelajar lelaki yang pakai subang dan warnakan rambut juga ada, tetapi tiada apa-apa tindakan. Pengetua lebih sibuk duduk di kantin daripada buat kerja.


Saya dah hantar laporan pencapaian saya ke Putrajaya pada Jumaat lalu (13 Mei). Masa saya datang ke sekolah ini empat tahun lalu, pencapaian akademik merosot. Tapi saya berjaya naikkan pencapaian PMR dan SPM. Jumlah pelajar yang mendapat biasiswa meningkat. Baru-baru ini, seorang pelajar India terima notebook. PIBG buat bacaton dan jogaton. Saya dah tambah dana PIBG. Buktinya nyata dan jelas tentang semua kejayaan sejak saya datang ke sekolah ini. Dulu, guru-guru selalu rotan pelajar, tapi sejak saya datang ke sekolah ini, saya sudah pesan, pelajar tidak boleh dirotan tanpa kebenaran saya. Saya mahu pelajar sekolah ini menjadi pelajar cemerlang. Saya yakin, mereka boleh berjaya seperti saya suatu hari nanti. ... Dalam kes anak tuan dan puan yang dibuli, saya terpaksa tunggu keputusan polis. Saya hubungi pegawai polis terbabit pagi tadi dan dimaklumkan siasatan sudah lengkap dan kes akan dibawa kepada pendakwaraya pada Rabu ini (18 Mei 2011).


Kami bukan bercakap soal PMR dan SPM. Tapi soal disiplin dan sikap lepas tangan pengetua.


Kalau ibu bapa tidak buat laporan polis hari itu, saya tentu sudah ambil tindakan terus terhadap pelajar (pembuli) terbabit.


Anak kami dibuli dan dibelasah hingga terpaksa masuk hospital, tentulah kami perlu buat laporan polis. Mana tahu kalau nyawa anak terancam kerana dipukul teruk?


Kalau saya berada di tempat tuan dan puan, saya juga akan ambil tindakan sama, iaitu buat laporan polis. Namun, sebagai pegawai JPS, saya perlu jaga “mangsa” dan “pemangsa” (pembuli). Lapan pembuli itu adalah “tertuduh” dan sekolah sudah siasat. Tapi polis juga jalankan siasatan dan akan ambil tindakan; sama ada sabit kesalahan jenayah (Seksyen 323 Kanun Keseksaan). Kalau polis ambil tindakan, lapan pembuli akan dibawa ke mahkamah dan dibicarakan. Selagi itu, sekolah tidak boleh ambil tindakan.


Kalau buat siasatan asas pun sudah tahu bahawa lapan pelajar itu melakukan kesalahan membuli dan membelasah; jadi boleh dikenakan tindakan gantung sekolah oleh pengetua tanpa perlu tunggu kes mahkamah.


Sila nantikan sambungan pada masa depan – DI SINI.