5 Jul 2010

Garfield jadi Spider-Man

Walaupun Tobey Maguire sudah sinonim dengan watak Peter Parker dalam filem Spider-Man (2002), Spider-Man 2 (2004) dan Spider-Man 3 (2007), tempatnya akan diganti pelakon lain dalam Spider-Man 4.
.

Andrew Russell Garfield, 27, disahkan akan memegang watak Peter Parker dalam filem berkenaan yang bakal diarah Marc Webb, iaitu pengarah filem 500 Days of Summer (2009).

.

Garfield lahir pada 20 Ogos 1983 di Los Angeles, California dan keluarganya berpindah ke England semasa dia berumur tiga tahun.

.

Pemuda yang memegang kerakyatan Amerika Syarikat dan United Kingdom ini berlakon dalam filem Lions for Lambs (2007), Boy A (2007), The Imaginarium of Doctor Parnassus (2009) dan The Social Network (2010).

..

(Sinar Harian, 3 Julai 2010)