2 May 2010

Saya dalam Kalut Othman Puteh

Saya antara penulis yang amat bertuah kerana berpeluang menjadi anak didik Allahyarham Dr Othman Puteh. Arwah memang seorang sasterawan dan insan yang pemurah serta sentiasa tampil menghulur bantuan tanpa mengira darjah, kaum dan kedudukan.
.

Pemergian beliau pada 19 Oktober 2003 memang suatu kehilangan besar kepada dunia penulisan Malaysia. Kumpulan Sasterawan Kavyan turut merasai kehilangan beliau.

.

Kumpulan cerpen Rudra Avatara (2008) saya dedikasikan kepada Pak Haji sebagai mengenang sumbangan beliau. Dalam kumpulan cerpen Kathakali (2009) pula termuat “Bapaku Sasterawan” yang merupakan ingatan secara tidak langsung terhadap Allahyarham.

.

Saya juga amat bertuah kerana Pak Haji menggunakan nama saya sebagai salah satu watak dalam novel berjudul Kalut. Sila KLIK DI SINI untuk membaca mengenainya.