10 Jan 2010

Sasterawan Negara Ke-11

Enam bulan lalu, saya membuat pengumuman bahawa saya akan mencalonkan Profesor Madya Dr Lim Swee Tin bagi Anugerah Sastera Negara yang membawa gelaran “Sasterawan Negara”.

.

Sambutan awal yang diterima memang amat menggalakkan. Rata-rata bersetuju bahawa Dr Lim layak diberi pengiktirafan itu. Malah, Kumpulan One Nusantara menaja kad nama khas bagi tujuan kempen pencalonan.


.

Timbul pula sedikit kekeliruan apabila Dato’ Dr Anwar Ridhwan diumumkan sebagai Sasterawan Negara ke-10 pada 11 Ogos 2009.


.

[Sila KLIK DI SINI untuk membaca penjelasan saya pada 14 Ogos 2009.]


.

Catatan ini adalah untuk menegaskan bahawa usaha masih diteruskan ke arah pencalonan itu.


.


Sila KLIK DI SINI untuk maklumat lanjut mengenai sokongan dan sumbangan yang boleh diberikan oleh orang ramai ke arah menjayakan usaha murni ini. Sila KLIK DI SINI untuk maklumat pencalonan beliau.