4 Jun 2009

Kathakai di Sinar Harian

Kalidevi Mogan, wartawan akhbar Sinar Harian (edisi utara) menghubungi saya pada pukul 11:58 pagi, 4 Jun 2009 untuk memaklumkan bahawa wawancara yang beliau lakukan bersama saya mengenai dramatari “kathakali” disiarkan dalam akhbar berkenaan hari ini.

Malangnya, hanya dalam edisi utara. Tidak mengapa. Sekurang-kurangnya penduduk di negeri-negeri bahagian utara Semenanjung Malaysia (Kedah, Pulau Pinang dan Perlis) akan berpeluang membaca dan mendapat maklumat mengenai “kathakali”.
.
Saya juga sempat menghubungi seorang rakan di Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd di Shah Alam. Beliau akan menyediakan senaskhah akhbar Sinar Harian (edisi utara) untuk saya ambil petang nanti.