Monday, 17 December 2012

Menulis Cerpen Berbobot

Sebagai sebahagian pengisian Program Diskusi Buku Impian dan Harapan sempena Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan Negeri Melaka 2012, saya diberi ruang dan peluang untuk berkongsi pandangan dan pengalaman berkaitan “panduan menulis cerpen untuk memenangi peraduan” pada 8 Disember 2012 di Pusat Bahasa dan Pembangunan Insan, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Durian Tunggal, Melaka.
 
Topik yang diberikan adalah amat wajar dan sesuai memandangkan Ikatan Persuratan Melayu (IPM) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Wilayah Selatan serta Kerajaan Negeri Melaka menerusi Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme (IKSEP) baru sahaja selesai menganjurkan Sayembara Menulis Cerpen dan Sajak 2010/2011 sempena ulang tahun ke-60 penubuhan IPM.
 
Beberapa panduan yang saya berikan pada program itu adalah berdasarkan pengalaman mengendalikan siri bengkel cerpen anjuran Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) di seluruh negara sejak 1999.
 
Apa-apa yang saya kongsikan adalah lebih berupa galakan, bimbingan dan suntikan semangat demi manfaat sesiapa yang berminat untuk menimba ilmu ke arah menghasilkan cerpen-cerpen bermutu, sekali gus meningkatkan peluang memenangi peraduan.
 
Makalah berdasarkan panduan-panduan itu disiarkan di The Malaysian Insider dalam tiga bahagian pada hari Ahad, mulai 16 Disember 2012. Sila KLIK DI SINI untuk membaca Bahagian Pertama. Kemudian, sudilah membaca Bahagian Kedua di SINI.

No comments:

Post a Comment

Sila gunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris yang betul dari segi ejaan, tatabahasa, tanda baca, struktur ayat dan kesantunan berbahasa. Komen tanpa nama tidak akan dilayan. Komen yang tiada kaitan dengan topik tidak akan disiarkan. Pencemaran bahasa diharamkan!