Wednesday, 6 June 2012

Ugut: Pushing Files – Bahagian 3

Don’t worry about that.”

Datuk Najib ketawa kecil sambil berkata demikian.

“Ini syarikat Bumiputera. Kita menyediakan peluang pekerjaan kepada orang kita. Kalau bukan kita yang menolong orang kita, siapa lagi? Takkan nak harapkan puak pendatang.”

Amri tidak menjawab kerana sedikit terkejut. Dia pernah mendengar kata-kata itu daripada mulut Amy tetapi tidak menyangka pandangan itu juga adalah pendirian Datuk Najib dan semacam polisi syarikat Pushing Files Enterprise.

Anyway, itu bukan perkara sebenar yang mahu saya bincangkan,” CEO itu meneruskan apabila menyedari bahawa Amri tidak memberikan sebarang jawapan. “This is lebih personal.”

Amri mengangguk kecil kerana memang sudah mengagak bahawa bosnya ada perkara lain untuk dibincangkan.

“Saya sempat lihat CV awak. Very impressive. Awak ada juga knowledge dalam IT, komputer dan Internet.”

“Tak banyak, Datuk. Saya ambil sebagai minor papers sahaja.”

Datuk Najib pula yang mengangguk-angguk kecil kali ini. Dia mengetapkan bibir sambil meramas kedua-dua tangan.

Let me get straight to the point,” akhirnya dia berkata. “Saya ada sedikit masalah dengan PC saya. More like masalah dengan Internet.”

Amri sudah dapat mengagak masalah apa yang dimaksudkan oleh Datuk Najib. Tentu sahaja gosip yang tersebar di pejabat akhirnya sampai ke telinga CEO.

Agaknya kini Datuk Najib tahu bahawa Amy telah melihat senarai laman sesawang yang pernah dilayarinya sebagaimana direkodkan pada history di browser.

“Masalah macam mana, Datuk?” Amri sengaja bertanya dengan nada seperti orang yang mengambil berat. “Ada virus?”

Datuk Najib tidak menjawab. Dia memandang wajah Amri dengan muka tanpa sebarang reaksi.

Come on, Amri. Let’s talk like adults.”

Pemuda itu membisu seketika. Dia memilih untuk membiarkan Datuk Najib meluahkan apa yang mahu diceritakannya.

“Okey, Datuk,” dia akhirnya berkata apabila menyedari bahawa bosnya terus memandangnya bagaikan menanti jawapan.

Datuk Najib menghela nafas lega. Bagaikan separuh daripada masalah yang menghantui serta mencelarukan fikirannya sudah selesai berikutan jawapan ringkas yang diberikan oleh pemuda yang duduk di hadapannya.

I met this person on the net. Kami berbual-bual saja di chatroom. Initially there was nothing more.”

Amri berpura-pura benar-benar berminat mendengar apa yang sedang diceritakan oleh bosnya.

Pada hakikatnya, dia sedang berfikir betapa benar apa yang diceritakan Amy sebelum ini. Benarlah Datuk Najib ada perempuan simpanan yang ditemui menerusi ruang siber.

“Lepas tu dia ajak berjumpa. Tentulah Datin tak tahu apa-apa mengenai semua ini. Tak ada orang yang tau. I can trust you, right?”

Pemuda itu tidak memberikan sebarang reaksi segera. Apabila menyedari bahawa Datuk Najib ternyata sekali lagi sedang menanti jawapan daripadanya, Amri mengangguk kecil.

Good! Saya tak mahu Datin tahu. Kalau Big Momma tu tahu, matilah saya.”

Muka Datuk Najib jelas memerah menahan malu semasa dia berkata begitu.

It’s also not good for my children, my business and my political connections,” Datuk Najib menambah.

Amri tidak pasti bantuan bagaimana yang diharapkan oleh Datuk Najib daripadanya.

Apakah dia akan diminta bertemu perempuan itu dan memintanya supaya tidak lagi mengganggu bosnya; seperti dalam cerpen “Yang Aneh-aneh”?

“Saya jumpa dia sekali saja. In a hotel and we had some fun.”

Amri tidak pasti sama ada dia terkejut atau tidak apabila mendengar pengakuan itu. Malah, dia dapat meneka apa yang berkemungkinan besar berlaku selepas itu.

“Rupa-rupanya dia merakam video secara tersembunyi,” Datuk Najib menceritakan dengan suara perlahan tetapi berisi rasa marah.

Kali ini, Amri menahan rasa terkejut.

“Sekarang dia mengugut nak dedahkan kepada Datin, anak-anak dan kawan-kawan saya dalam UMNO kalau saya tak beri wang.”

“Dia mengugut?”

Yes. Sebab itu saya nak minta bantuan awak, nasihat awak. Help me to get rid of him.”

Him?”

Muka Datuk Najib semakin memerah dan dia mengalihkan pandangan dari wajah pemuda di hadapannya.

Yes, I have my weak points too.”

Bersambung minggu depan – Bahagian 25

(Syarikat Pushing Files Enterprise dan watak-watak dalam faksyen ini adalah “rekaan yang langsung tiada kaitan dengan mereka yang hidup atau mati” sebagaimana cerpen “Politik Baru YB J” karya Datuk Chamil Wariya. © Uthaya Sankar SB 2011. Bahagian 24 novel bersiri UGUT pertama kali disiarkan di The Malaysian Insider pada 26 Februari 2012. Sila KLIK DI SINI untuk maklumat lanjut berhubung novel ini.)

No comments:

Post a Comment

Sila gunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris yang betul dari segi ejaan, tatabahasa, tanda baca, struktur ayat dan kesantunan berbahasa. Komen tanpa nama tidak akan dilayan. Komen yang tiada kaitan dengan topik tidak akan disiarkan. Pencemaran bahasa diharamkan!