Wednesday, 13 June 2012

Ugut: Curious Men – Bahagian 1

Zahid gembira apabila mendapati “Online” terpapar di sebelah nama Wan. Dia tidak mahu menerima dengan mudah jawapan yang diberikan sebelum ini.

“I jadi orang bujang selama tiga hari tapi you tak sudi datang ke rumah I. Sedih rasanya. But I have some good news. My wife masih di Kuantan. Anak pun masih di Seremban.

“So, kalau you sudi temankan I, bolehlah datang ke rumah I sekarang. Kita sembang-sembang je. I masak untuk you. Takkan itu pun you tak sudi?

“Lepas makan, kita boleh keluar ke tempat lain untuk projek. Kalau nak tunggu you arrange bilik, takut lama pula. I dah tak sabar ni.

“Lagipun, apa you nak risau? Kalau public tengok kita pun, tak jadi masalah. We are just two guys meeting for a chat. Bukan ada PDA pun. Apa kita buat dalam bilik nanti, hal antara kita berdua. Don’t worry. I’m straight acting and versatile.”

Selepas menghantar mesej berkenaan, Zahid mencapai kotak Marlboro. Dia menarik keluar sebatang rokok tanpa mahu melihat amaran grafik yang dicetak pada kotak rokok.

Can’t the government think of anything more stupid?” Rungutnya sebagai mengulangi kata-kata yang sering didengar daripada rakan-rakan perokok.

Kemudian dia mencapai tin Carlsberg yang diambil dari minibar sebentar tadi. Belum sempat diteguk, matanya terpandang “one new message” yang berkelip-kelip pada skrin komputer riba.

“I faham. Tapi I memang tak setuju kalau nak jumpa di rumah you. I tak nak timbul apa-apa masalah nanti antara you and your wife. Lagi selamat kalau kita jumpa di luar saja. As you said, no public display of affection (PDA). I lebih suka kita jumpa di luar.

“As I said, I akan arrange hotel di KL, PJ atau Shah Alam. Sebelum tu, boleh I dapatkan alamat e-mel you? Boleh I kirim foto of myself untuk tatapan you. Mesti you suka, kan?”

Zahid tersenyum membaca kata-kata Wan. Very clever. Memang tidak mudah dipujuk. Tetap dengan pendirian untuk bertemu hanya di tempat awam dan kemudian meluangkan masa secara intim di hotel. Demikian fikir Zahid sambil meneguk Carlsberg yang sejuk nyaman.

“Apa kata kita chat online? Buka saja webcam tu. Lagi real dan seronok. We could have some fun!”

Selepas menghantar mesej itu, Zahid mencapai tuala dan menuju ke bilik mandi. Sebentar lagi dia ada temu janji dan dia tidak mahu terlewat menerima tetamu itu nanti.

Sebaik keluar semula dari bilik mandi dalam keadaan bogel, matanya memandang skrin komputer riba. Ada mesej masuk. Namun, dibiarkannya dahulu. Dia memakai seluar jeans biru dan kemeja-T ketat yang menampakkan susuk tubuh. Kemudian menyikat rambut yang masih sedikit basah dan mencalitkan pewangi Wild Country pada lengan dan belakang kedua-dua telinga.

Tangannya mencapai tin minuman dan menghabiskannya sebelum duduk menghadap komputer riba.

“I malas  nak chat online atau webcam. Tak best. Lagi real dan seronok bila dapat berjumpa in person nanti. Bagi je alamat e-mel you dan I akan hantar beberapa foto I untuk tatapan you. Tak lama lagi I akan arrange untuk berjumpa. You nak I arrange hotel di KL, PJ atau Shah Alam?

“I tengok di profile, you sebut umur you 32 tahun dan you eksekutif di syarikat swasta milik Bumiputera. You tak busy sangatkah kalau nak luangkan masa dengan I?”

Zahid tersenyum membaca mesej daripada Wan. Dia sendiri hampir terlupa bahawa dia memperkenalkan dirinya sebagai lelaki berumur 32 tahun dan eksekutif sebuah syarikat Bumiputera.

Bersambung – Bahagian 26

(© Uthaya Sankar SB 2011. Bahagian 25 novel bersiri UGUT pertama kali disiarkan di The Malaysian Insider pada11 Mac 2012. Sila KLIK DI SINI untuk maklumat lanjut berhubung novel ini.)

No comments:

Post a Comment

Sila gunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris yang betul dari segi ejaan, tatabahasa, tanda baca, struktur ayat dan kesantunan berbahasa. Komen tanpa nama tidak akan dilayan. Komen yang tiada kaitan dengan topik tidak akan disiarkan. Pencemaran bahasa diharamkan!