Wednesday, 14 March 2012

UGUT: Hot & Young – Bahagian 3

Wan tersenyum membaca rangkaian mesej berupa komunikasi antara dirinya dan MahuEnjoy.

Sedarkah lelaki itu bahawa setiap soalan yang dijawab dan setiap mesej yang dihantar mendedahkan maklumat dirinya?

Good. I believe you. Tapi you tak takut kalau-kalau your wife dapat tahu? Atau your kids find out? I tak nak create problem in your family.

Jangan peningkan kepala fikir itu semua. Anak-anak I pun dah teenagers, bukan budak-budak lagi. Nothing to worry.

Good. So, I rasa you tak risau kalau your wife and kids find out?

Bukan begitu. I mean, dah hampir 15 tahun I kahwin. I kena juga fikir kepuasan I. Pandai-pandailah kita simpan rahsia. You pun tentu tak nak orang lain tau, kan?

Sure! So, you dah kahwin 15 tahun? Masih bertahan?

Ha ha ha! Pasal tak tertahanlah I cari you!

Pandai you mengayat. Tapi I rasa you memang dah pernah merasa dengan orang lain. Betul?

Adalah beberapa yang sangkut. Semuanya one-night stand dan no strings attached.

Wow! Jadi tentu you dah jadi expert dalam hal-hal ni. Mesti you bijak rahsiakan daripada pengetahuan anak-isteri.

Well, kenalah pandai. So far, no problem. Pandai-pandailah I behave supaya my wife tak suspect anything.

You speak like an expert. Tentu banyak pengalaman. So, biasanya buat projek di mana? Rumah you selamat? Mungkin masa anak-isteri balik kampung?

No way! Not in my house!

I dah agak. Tentu you tak nak ambil risiko. Kantoi kalau isteri you terjumpa apa-apa bahan bukti. So, sebelum ni you buat projek di mana?

Mana-mana pun I tak kisah. Asalkan bukan di rumah I. Pernah juga dalam kereta dan hotel. Ikut keadaan.

Dalam kereta? So unromantic. Tak takut kena tangkap?

Ha ha ha! The first person I jumpa, dia tu takut nak masuk hotel. Konon takut ada CCTV dan nanti jadi macam kes Anwar. So, kami pergi ke taman dekat Stadium PJ. Hujan lebat. Projek dalam kereta je.

So unromantic! Tapi you ni memang berani. I tak nak macam tu. Lagipun, you kerja besar, dah kahwin, dah ada anak. Nanti rosak nama you kalau kena tangkap dalam kereta.

Betullah I dah kahwin, dah ada anak. Tapi I pun nak rasa juga nikmat berseronok dengan you. You pun memang nak cari lelaki yang dah kahwin, kan? Kalaulah I ada empat isteri sekali pun, I masih berminat nak jumpa you. Kalau betul seperti yang you gambarkan diri you di profile, memang I bertuah! Bukan senang nak dapat orang perfect macam you.

I nampak yang you suka sangat buat projek di luar tapi family you memang tak tau apa-apa. Pandai you simpan rahsia, sampai isteri you pun tak sedar apa-apa.

Ha ha ha! Kenalah pandai berlakon depan mereka. Jangan sampai mereka tahu apa yang I buat di belakang. You pun tentu sama, kan? You simpan rahsia I, I simpan rahsia you.

Good. Kalau macam tu, bolehlah kita buat planning untuk bertemu dan projek. Tapi bukan dalam kereta! I want it to be a fully romantic experience. I akan booking hotel mana-mana. Nanti I inform you.

Wow! Tak sabar rasanya. I dah boleh imagine the fun. I dah boleh fantasize holding you in my arms. I memang suka hot young gays like you.Bersambung – Bahagian 16

(© Uthaya Sankar SB 2011. Bahagian 15 novel bersiri UGUT pertama kali disiarkan di The Malaysian Insider pada 25 Disember 2011. Sila KLIK DI SINI untuk maklumat lanjut berhubung novel ini.)

No comments:

Post a Comment

Sila gunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris yang betul dari segi ejaan, tatabahasa, tanda baca, struktur ayat dan kesantunan berbahasa. Komen tanpa nama tidak akan dilayan. Komen yang tiada kaitan dengan topik tidak akan disiarkan. Pencemaran bahasa diharamkan!