Thursday, 17 February 2011

Kalki – Bahagian 5

Baca Bahagian 1 DI SINI
.

Seperti yang dinyatakan oleh penulis sejak awal, karya-karya Kalki hanya berpeluang dinikmati sepenuhnya oleh khalayak yang menguasai Bahasa Tamil. Cerpen “Puliraja” pula paling kerap diterjemah di bahasa lain. Versi Bahasa Jerman dijadikan judul bagi antologi Der Tiger Konig (1966) yang memuatkan karya-karya terkemuka dari India.

.

Cucu kepada Kalki, Gowri Ramachandran, turut menyedari perlunya karya-karya beliau diterjemah ke Bahasa Inggeris. Keperluan ini menjadi lebih ketara memandangkan anak-anak Gowri tidak mampu membaca tulisan Tamil. Lalu, Gowri membaca cerpen-cerpen Kalki untuk didengar dan difahami oleh anak-anaknya.

.

Seterusnya, Gowri telah menterjemah sejumlah dua belas cerpen ke Bahasa Inggeris untuk diterbitkan dengan judul Kalki: Selected Stories (1999) sempena ulang tahun keseratus kelahiran Kalki. Membaca versi asal dalam Bahasa Tamil mungkin merupakan pilihan terbaik. Namun, versi terjemahan oleh Gowri adalah sebaik-baik terjemahan minda kreatif Kalki kerana telah dilakukan dengan penuh teliti.

.

Maka, kini sudah ada peluang bagi peminat karya sastera di luar lingkungan khalayak yang menguasai Bahasa Tamil untuk turut menikmati dan menghayati sejumlah cerpen yang dihasilkan oleh seorang pengarang Tamil yang terus menjadi idola dan ikut-ikutan ramai pembaca dan penulis karya Bahasa Tamil.

..

Uthaya Sankar SB 2007. Versi ringkas makalah ini pertama kali disiarkan di majalah Dewan Sastera, Februari 2007 dengan judul “Kalki – Perintis Sastera Moden Tamil”.)

No comments:

Post a Comment

Sila gunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris yang betul dari segi ejaan, tatabahasa, tanda baca, struktur ayat dan kesantunan berbahasa. Komen tanpa nama tidak akan dilayan. Komen yang tiada kaitan dengan topik tidak akan disiarkan. Pencemaran bahasa diharamkan!