31 Jan 2009

4 Kereta @ 4 Cars

Kereta-kereta yang pernah/sedang saya miliki:

1. Kancil
2. Perdana V6
3. Kelisa
4. MyVi

Nota: Kereta kedua sepatutnya Waja tetapi tiada stok. Kereta ketiga juga sepatutnya Waja tetapi juga tiada stok.

30 Jan 2009

11 Buku @ 11 Books

Buku persendirian saya – sama ada diterbitkan sendiri atau oleh penerbit lain. Sila KLIK pada judul buku untuk maklumat lanjut:

1. Orang Dimensi (1994)
2. Nari! Nari! (1995)
3. Hanuman: Potret Diri (1996)
4. Siru Kambam (1996)
5. Munis Dengan Harimau (1996)
6. Yang Aneh-aneh (1997)
7. Surat Dari Madras (1999)
8. Nayagi (2000)
9. Sasterawan Pulau Cinta (2001)
10. Panchayat (2002)
11. Rudra Avatara (2008)

Nota: Turut menyelenggarakan Vanakam (2002) sebagai projek Kumpulan Sasterawan Kavyan.

29 Jan 2009

11 Kolej @ 11 Colleges

Senarai IPTS di mana saya pernah menjadi pensyarah antara tahun 1999 dan 2007:

1. ICOM
2. HELP
3. LICT
4. TOA
5. Yamaha
6. Prime
7. MSC
8. SIC
9. SIT
10. Optima
11. SEGi

Nota: Subjek yang diajar adalah Bahasa Malaysia, Moral Education dan Malaysian Studies.

28 Jan 2009

8 Nombor @ 8 Numbers

Berikut 8 individu yang terdapat pada Dail Cepat (speed dialing) telefon bimbit saya:

2. ABC – Ayya @ Ganesan
3. DEF – Devishi Prabha Sankari
4. GHIIn-laws, Kamunting
5. JKL – Kumar @ Hemantha Kumar
6. MNO – Muniswaran
7. PQRS – Prabhawathy
8. TUVVaratharajan @ Rajan
9. WXYZ – Shyamala

Nota: Kemudahan Dail Cepat hanya bagi butang 2-9.

27 Jan 2009

22 Buku @ 22 Books



Senarai 22 buku yang sempat saya baca (atau ulang baca) sejak beberapa bulan lalu; disusun secara rambang. Sila KLIK pada nama pengarang untuk maklumat lanjut.

1. On Writing – Stephen King
2. Gandhi: An Autography
3. I Know This Much Is True – Wally Lamb
4. The Tipping Point – Malcolm Gladwell
5. Twisted – Jeffery Deaver
6. Collected Short Stories – Roald Dahl
7. Life of Pi – Yann Martel
8. Rudra Avatara – Uthaya Sankar SB
9. The Eyre Affair – Jasper Fforde
10. The Rainmaker – John Grisham
11. The Five People You Meet In Heaven – Mitch Albom
12. The Night Listener – Armistead Maupin
13. Indigo – Satyajit Ray
14. Kalki: Selected Stories
15. Interpreter of Maladies – Jhumpa Lahiri
16. The Da Vinci Code – Dan Brown
17. The Collected Short Stories – Jeffrey Archer
18. Ario – Othman Puteh
19. Hati Muda Bulan Muda – A. Samad Said
20. Japanese Wife – Kunal Basu
21. A Horse and Two Goats – R.K. Narayan
22. A Thousand Splendid Suns – Khaled Hosseini

Nota: Hanya satu judul dinyatakan bagi setiap pengarang, walaupun saya (mungkin) sempat membaca beberapa buku oleh pengarang yang sama dalam tempoh beberapa bulan lalu.

26 Jan 2009

10 Avataram

Dalam senarai/blog sebelum ini, saya memasukkan filem-filem Bahasa Inggeris. Sebenarnya ada juga filem Bahasa Tamil yang menarik perhatian saya. Antaranya, Dasavataram masih menjadi antara filem Tamil yang terus mencabar minda dan intelektualiti.

Bukan dari segi keupayaan Kamalhassan memegang 10 watak; tetapi konsep avatara yang dibawakan.
.
Saya ada menerima sepucuk e-mel daripada seorang rakan beberapa bulan lalu. Kandungan e-mel berkenaan memberikan penjelasan mengenai konsep avatara serta kaitannya dengan keseluruhan kisah yang berlaku di dalam dan di luar Dasavataram.
.

25 Jan 2009

20 Filem @ 20 Movies


Berikut senarai 20 filem terbaik yang sempat saya tonton sejak beberapa bulan lalu. Senarai ini ditaip secara spontan dan tidak mengikut urutan tertentu. Klik pada judul untuk maklumat filem.
10. Water
.
Tentu sahaja senarai ini tidak lengkap kerana ada beberapa lagi filem bermutu yang sempat saya tonton pada Disember 2008 & Januari 2009 tetapi tidak muncul dalam fikiran semasa menaip senarai di atas secara spontan.

Senarai di atas juga – nampaknya – tidak memuatkan kartun dan filem Bukan Bahasa Inggeris.

Adakah saya "gila" filem? Ya! Saya gilakan filem bermutu yang mencabar minda; dan menyentuh jiwa.

22 Jan 2009

SJK (T) Ladang Midlands, Shah Alam



Aktiviti: Taklimat Kelab Membaca Sinar Pintar
Tarikh: 22 Januari 2009 (Khamis)
Masa: 2:00 – 4:00 petang
Tempat: SJK (Tamil) Ladang Midlands, Seksyen 7, Shah Alam
Penceramah: Uthaya Sankar SB
Hadirin: Guru Besar & guru-guru SJK (T) Ladang Midlands

1. Taklimat Kelab Membaca Sinar Pintar ini adalah anjuran Kumpulan Sasterawan Kavyan dengan kerjasama Perpustakaan Negara Malaysia.

2. Taklimat oleh Fasilitator Kelab Membaca Sinar Pintar, Uthaya Sankar SB mengenai segala perkara berkaitan kelab berkenaan. Taklimat disampaikan dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Tamil manakala maklumat pada slaid Power Point yang dipaparkan adalah dalam Bahasa Malaysia. Penjelasan dan taklimat yang diberikan adalah cukup menyeluruh dan membantu para guru memahami sepenuhnya objektif, gerak kerja, pengisian dan perkara-perkara lain berkaitan Kelab Membaca Sinar Pintar.

3. Borang Mentor diserahkan kepada semua guru yang hadir. Mereka berminat dan bersetuju untuk menjadi Mentor.

4. Borang Ahli diserahkan kepada guru-guru yang hadir untuk diedarkan kepada murid-murid yang berminat. Borang-borang yang lengkap diisi akan diserahkan kepada Kavyan pada awal Februari 2009.

5. Pihak sekolah bersetuju untuk menubuhkan Kelab Membaca di sekolah supaya aktiviti kelab dapat dijalankan secara lebih terancang dan menyeluruh. Ahli tertumpu pada murid Tahun 4, 5 dan 6.

6. Para guru juga berminat untuk menyertai pelbagai aktiviti anjuran Kavyan dan Perpustakaan Negara Malaysia.

7. Bunting Kelab Membaca Sinar Pintar dan Kempen Membaca turut diserahkan untuk dipaparkan di SJK (Tamil) Ladang Midlands.

8. Secara keseluruhan, taklimat yang diadakan berjaya mempromosi Kelab Membaca Sinar Pintar kepada kumpulan sasaran.

18 Jan 2009

SJKT Taman Permata, Dengkil

Aktiviti : Taklimat Kelab Membaca Sinar Pintar
Tarikh : 18 Januari 2009 (Ahad)
Masa : 10:00 pagi – 12:30 tengah hari
Tempat : SJK (Tamil) Taman Permata, Dengkil, Selangor
Penceramah : Uthaya Sankar SB
Hadirin
: Guru Besar SJK (T) Taman Permata
: Pengerusi PIBG SJK (T) Taman Permata
: Ibu bapa dan penjaga
: Guru-guru SJK (T) Taman Permata
: Murid-murid SJK (T) Taman Permata
: Penduduk Taman Permata











1. Ucapan pengacara majlis yang mengalu-alukan kedatangan orang ramai ke Taklimat Kelab Membaca Sinar Pintar anjuran Kumpulan Sasterawan Kavyan dengan kerjasama Perpustakaan Negara Malaysia dan PIBG SJK (Tamil) Taman Permata, Dengkil.

2. Ucapan Guru Besar SJK (Tamil) Taman Permata, Encik Mutiah yang menyatakan komitmen penuh pihak sekolah bagi menjayakan aktiviti Kelab Membaca Sinar Pintar di sekolah berkenaan.

3. Ucapan Pengerusi PIBG SJK (Tamil) Taman Permata, Encik Gunasegaran yang meminta ibu bapa dan penjaga turut memberikan komitmen terhadap kejayaan Kelab Membaca Sinar Pintar demi manfaat anak-anak mereka sendiri melalui aktiviti yang amat berfaedah ini.

4. Taklimat oleh Fasilitator Kelab Membaca Sinar Pintar, Uthaya Sankar SB mengenai segala perkara berkaitan kelab berkenaan. Taklimat disampaikan dalam Bahasa Tamil manakala maklumat pada slaid Power Point yang dipaparkan adalah dalam Bahasa Malaysia. Penjelasan dan taklimat yang diberikan adalah cukup menyeluruh dan membantu para hadirin memahami sepenuhnya objektif, gerak kerja, pengisian dan perkara-perkara lain berkaitan Kelab Membaca Sinar Pintar.

5. Seramai 14 individu mengisi dan menyerahkan borang Mentor manakala 37 individu mengisi dan menyerahkan borang Ahli. Ramai lagi membawa pulang borang keahlian untuk diberi kepada anak-anak dan kenalan.

6. Cabutan bertuah dibuat menggunakan borang Ahli dan Mentor yang sudah diserahkan. Hadiah-hadiah yang diberikan adalah buku nota, pensel, pen dan pemegang kunci Perpustakaan Negara Malaysia.

7. Bunting Kelab Membaca Sinar Pintar dan Kempen Membaca turut diserahkan untuk dipaparkan di SJK (Tamil) Taman Permata.

8. Secara keseluruhan, taklimat yang diadakan berjaya mempromosi Kelab Membaca Sinar Pintar kepada penduduk sekitar Taman Permata, Dengkil.

9. Dapatkan maklumat lanjut Kelab Membaca Sinar Pintar DI SINI.

14 Jan 2009

Ponggal - 14 Januari 2009


Masyarakat India sejak zaman-berzaman memang tidak ketandusan upacara dan perayaan – sama ada berciri ritual atau kebudayaan. Ponggal adalah salah satu daripada upacara sedemikian.


Secara tradisi, Ponggal dirayakan oleh penduduk (baca: petani) di Tamil Nadu dan Andra Pradesh, India. Bagaimanapun, keadaannya agak berbeza kini kerana Ponggal disambut oleh hampir semua penduduk kaum India tanpa mengira keturunan dan batas geografi.


Ponggal diakui adalah “Pesta Menuai” dan disambut pada permulaan bulan Thai (Januari/Februari) mengikut kalendar Tamil. Malah, di Tamil Nadu, Ponggal adalah jauh lebih penting dan meriah berbanding Diwali. ... BACA LAGI DI SINI


12 Jan 2009

The Secret




Bicara Buku The Secret
Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam
Persiaran Bandar Raya (sebelah Wisma MBSA dan Muzium Shah Alam)
1 Februari 2009 (Ahad), 10:00 pagi Waktu Kavyan


Bicara buku The Secret (Rhonda Byrne, 2006) diadakan sempena Mesyuarat Agung Kavyan.

Aktiviti ini dianjurkan oleh Kavyan dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS).

Bicara buku ini terbuka kepada umum tanpa batas kaum dan/atau agama dan/atau umur dan/atau profesion.

Orang ramai yang membawa kanak-kanak bawah 12 tahun dinasihatkan supaya menghantar anak-anak ke Bahagian Buku Kanak-kanak di Perpustakaan Raja Tun Uda sebelum menghadiri sesi bicara buku ini.

Wakil media juga diundang ke majlis ilmu ini.

Kehadiran Mentor Kelab Membaca Sinar Pintar dialu-alukan.

Buku The Secret akan dibicarakan – atau lebih tepat lagi, diperkatakan dan diperkenalkan – oleh Uthaya Sankar SB.

Orang ramai yang belum membaca buku The Secret juga dialu-alukan menghadiri aktiviti bicara buku ini.

Sesi bicara buku ini akan dikendalikan dalam Bahasa Malaysia.

Slaid yang akan ditayangkan adalah dalam Bahasa Inggeris.

Salinan slaid TIDAK akan diedarkan kepada orang ramai; sama ada dalam bentuk hardcopy atau softcopy.

Orang ramai yang hadir boleh berkongsi pengalaman dan/atau bertanya soalan dan/atau berdialog dalam Bahasa Malaysia ATAU Bahasa Inggeris.

Orang ramai yang hadir dinasihatkan supaya tidak mencampur-adukkan bahasa – dan sekaligus membunuh bahasa – semasa bertanya soalan dan/atau berkongsi pengalaman dan/atau berdialog.

Buku dan/atau DVD The Secret TIDAK akan dijual semasa sesi bicara buku ini.

Aktiviti akan bermula pada pukul 10:00 pagi Waktu Kavyan – iaitu waktu sebagaimana yang dinyatakan; bukannya setengah jam atau satu jam lewat daripada masa yang dinyatakan.

Aktiviti akan tamat selewat-lewatnya ada pukul 11:15 pagi; sebelum Mesyuarat Agung Kavyan bermula pada pukul 11:30 pagi.

Orang ramai yang menghadiri bicara buku The Secret diminta mengisi borang/senarai kehadiran sebagai rujukan dan bagi tujuan rekod pihak Kavyan.

Orang ramai diingatkan supaya patuh pada segala peraturan perpustakaan.

Orang ramai dinasihatkan supaya berpakaian sopan.

Pengangkutan tidak disediakan.

Makan-minum hanya disediakan JIKA ada peruntukan.

Orang ramai dinasihatkan supaya bersarapan sebelum datang ke majlis ilmu ini untuk menikmati santapan minda yang disajikan.

8 Jan 2009

Buku Apa Sedang Anda Baca?


Saya pada masa kini [Januari 2009] sedang tekun membaca novel I Know This Much Is True (Wally Lamb, 1998). Saya membelinya pada tahun 2006 di MPH sempena ulang tahun ke-100 rangkaian kedai buku berkenaan.

.
Apa yang menarik, saya telah membaca beberapa halaman awal novel berkenaan (17 Ogos 2007, 20 & 22 November 2007; halaman 1-27) tetapi kemudian meletakkannya di rak bersama-sama buku-buku lain. Entah mengapa saya tidak berminat untuk meneruskan pembacaan novel itu.
.
Sebagaimana biasa, saya beralih pula membaca beberapa (ulang: beberapa) buku lain dari semasa ke semasa.
.
Baru-baru ini, selepas selesai membaca novel The White Tiger (Aravind Adiga), Hard News (Jeffery Deaver) dan Lost in a Good Book (Jasper Fforde), saya menyambung semula pembacaan novel I Know This Much Is True pada 2 Januari 2009.
.
Ternyata pengalaman pembacaan pada kali ini amat berbeza. Selepas mula membaca halaman demi halaman novel berkenaan, amat sukar untuk menghentikan pembacaan.
.
Selesai satu bab, saya tidak sabar-sabar mahu meneruskan pembacaan bab seterusnya. Malah kisah hidup pasangan kembar seiras Thomas-Dominick Birdsey terbawa-bawa dalam mimpi!
.
Jadi, awas! Jika anda tidak mahu diganggu mimpi-mimpi yang sedikit menggerunkan, elakkan membaca novel ini. Awas juga terhadap penggunaan bahasa yang agak lucah dalam konteks "budaya timur" yang kita ... ehem ... banggakan.
.
Dan sila maklum bahawa terdapat pelbagai adegan yang boleh dilabel sebagai 18PL - kombinasi unsur ganas, seks, politik dan agama yang pasti mengganggu ketenangan minda pembaca konvensional.
.
Saya tidak memberikan sinopsis novel I Know This Much Is True kerana: 1) saya masih dalam proses membacanya. Baru selesai sekitar 50% daripada 891 halaman. 2) saya tidak mahu merampas nikmat anda membacanya sendiri.
.
Apa pula buku yang sedang anda baca sekarang? Kongsikanlah bersama. [CONTOH ULASAN BUKU] - Lihat juga: [Buku Berkaitan Budaya India] - [Buku-buku Uthaya Sankar SB] - [Kumpulan Cerpen Untuk Kanak-kanak
.
.
P.S.: Pada ruangan komen di bawah, sekurang-kurangnya nyatakan judul buku yang sedang anda baca dan nama pengarang. Selamat membaca! [CONTOH ULASAN BUKU]
.

4 Jan 2009

Selamat Bersekolah, Devishi!


Devishi Prabha Sankari (DPS) akan melangkah ke Tahun Satu pada Isnin, 5 Januari 2009.

Saya sudah mengambil cuti bagi 5 dan 6 Januari 2009. Saya sebenarnya ada diminta pergi membuat liputan banjir di Kemaman, Terengganu pada 4 Januari, tetapi saya tolak secara baik kerana saya pasti bahawa saya tidak akan dapat pulang pada/sebelum 5 Januari untuk membawa DPS ke sekolah.

DPS bersekolah sesi petang. Pada sebelah pagi, memandangkan ibunya mengajar sesi pagi, DPS akan ke rumah pengasuh.

Sekitar 12:30 tengah hari, saya akan pergi mengambilnya dari rumah pengasuh dan membawanya ke sekolah. Sekolah bermula 1:10 tengah hari.

Saya percaya DPS tidak akan menghadapi sebarang masalah untuk menyesuaikan diri di sekolah. Apatah lagi, DPS sudah ke Tadika CEC selama dua tahun, serta pergi ke sekolah barunya untuk sesi ujian penempatan pada 20 Disember 2008.

Selepas menghantar DPS ke kelas, saya bercadang duduk melepak di kantin sekolah sambil membaca novel I Know This Much Is True (Wally Lamb, 1998) yang saya beli dua tahun lalu tetapi baru kini terbuka pintu hati untuk membacanya secara tekun.

Pada waktu rehat, saya akan bersama DPS. Pasti DPS mahu menceritakan pengalaman hari pertama di kelas sambil makan.

Selepas DPS masuk semula ke kelas, saya akan pulang. Kemudian, sekitar 6:30 petang, pergi untuk mengambilnya selepas sekolah.

Demikian perancangan saya untuk 5 Januari 2009.

1 Jan 2009

FOR SALE: Suara!


Saya memulakan tahun 2009 dengan tiba-tiba sahaja membuat keputusan untuk menggunakan sebaik-baiknya nilai komersial yang ada pada suara saya.

Sejak mula menulis karya sastera dan rencana secara serius pada tahun 1990-an, saya amat menyedari bahawa bakat menulis yang ada pada saya merupakan anugerah Tuhan.

Suatu perkara yang sering kurang saya berikan perhatian adalah mengenai suara saya yang dikatakan “sedap”; sebagai tambahan kepada kelancaran dalam berkomunikasi menggunakan Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Bahasa Tamil.

Pada 30 Disember 2008, selepas saya menyumbangkan suara untuk mengulas simulasi kerja-kerja mencari dan menyelamat oleh pasukan Bomba dan Penyelamat, serta gerak kerja Unit Bencana RTM membuat laporan langsung dari lokasi, beberapa pihak bertanya, mengapa suara saya sudah tidak lagi kedengaran di radio dan televisyen.

Sebenarnya, agak sukar untuk menjawab pertanyaan seperti itu. Keputusan untuk membolehkan suara (dan wajah) saya kedengaran (atau muncul) di radio (atau televisyen) tidak terletak pada tangan saya. Maka, saya tidak boleh menjawab pertanyaan mengapa suara saya tidak lagi kedengaran di radio dan televisyen.

Pertanyaan seumpama itu bagaimanapun membuatkan saya berfikir – atau lebih tepat lagi, mengenang kembali – sejak bilakah nilai komersial pada suara saya dikesan dan “dicari” orang.

Tarikh yang tepat sukar diingat. Selewat-lewatnya pada awal tahun 1990-an. Saya sering diundang menjadi pengacara majlis, mendeklamasi sajak, pengerusi forum, penceramah dan bermacam-macam lagi.

Malah, pernah juga menjadi pengacara bagi program remaja di televisyen serta pencerita dalam program kanak-kanak di radio; selain penyumbang suara latar bahan berita, pengulas akhbar, penyampai berita dan pengacara – di radio dan televisyen.

Saya sering juga menerima undangan untuk menjadi pengacara majlis-majlis rasmi pada peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.

Semuanya berkat “suara komersial” yang dianugerahkan Tuhan!

Jadi, berikut antara “perkhidmatan suara komersial” yang mampu saya tawarkan kepada mana-mana pihak yang berminat:

1) Suara latar (voice over)
2) Pengacara majlis
3) Pengulas
4) Penyampai berita
5) Penceramah
6) Fasilitator
7) Peneraju (anchor)
8) Alih suara (drama, kartun dll)
9) Iklan

Mungkin ada yang bertanya, mengapa saya tidak menyumbangkan sahaja “suara komersial” saya di tempat kerja.

Sebenarnya, bukan saya tidak sudi dan tidak mahu, tetapi mungkin pihak berkenaan tidak lagi menganggap suara saya ada nilai komersial. Maklumlah, saya sudah terlalu lama di Angkasapuri.

Lalu, apa salahnya saya menggunakan komoditi berupa suara yang dianugerahkan Tuhan bagi tujuan komersial – sebagaimana saya menggunakan satu lagi anugerah Tuhan iaitu bakat menulis.

Saya berikan kepada pihak yang memerlukan dan tahu menghargai.