28 May 2008

Kunjungan Perpaduan Kavyan

Kumpulan Sasterawan Kavyan telah mengadakan program Kunjungan Sastera Kavyan ke beberapa tempat di Selangor, Perak, Kedah, Melaka dan Negeri Sembilan sejak penubuhannya pada tahun 1999.

Maklumat mengenainya terdapat di laman sesawang Kavyan.

Pada dasarnya, program ini bertujuan mendekatkan hubungan antara Kavyan dengan masyarakat pelbagai kaum, khususnya di luar bandar, melalui aktiviti sastera, bahasa, seni dan budaya.

Mulai 2008, program ini dikenali sebagai Kunjungan Perpaduan Kavyan, selaras dengan usaha mengeratkan perpaduan dan integrasi, serta menyumbang ke arah pembinaan Bangsa Malaysia.

Program ini dirancangkan pada 28 & 29 Jun 2008 di Dengkil, Selangor dan mana-mana pihak yang berminat dipelawa turut serta.

Maklumat terperinci boleh dibaca di laman Kavyan.

24 May 2008

BookFest@Malaysia2008

Lifelong Learning Reading Club (http://www.lll.net.my/) meneruskan tradisi mengadakan sesi galakan membaca buku-buku Bahasa Inggeris dan Bahasa Mandarin.

[Usaha sedang dilakukan oleh Reading Club dengan kerjasama Kavyan untuk memilih buku-buku Bahasa Malaysia.]

Senarai buku-buku yang dijadikan teks Reading Club bagi sesi Julai-Disember 2008 sudah dikeluarkan dan boleh dirujuk di laman sesawang yang dinyatakan di atas.

Jawatankuasa Pemilih Buku Bahasa Inggeris bagi Reading Club terdiri daripada Uthaya Sankar SB (Kavyan), Dr Prudence Goh (UTAR), Ms Leong Eng Yee (KTAR), Ms Samantha Tang (Popular Book), Encik Quek Ngee Meng (MCA) dan Ms Sue F Law (MCA).

Buku-buku Bahasa Inggeris bagi sesi Julai-Disember 2008 adalah:

1. Marley & Me (John Grogan)
2. P.S. I Love You (Cecilia Ahern)
3. 360 Degree Leader (John C Maxwell)
4. The 80/20 Principle (Richard Koch)
5. Our Iceberg Is Melting (John Kotter)
6. Losses and Gains (Lya Luft)
7. Creating A World Without Poverty (Muhamad Yunus)
8. Healthy for Life (Ray D Strand)
9. The Secret (Rhonda Byrne)
10. Teenagers! What Every Parent Has to Know (Rob Parsons)
11. How to Raise an Amazing Child: The Montessori Way (Tim Seldin)
12. The Three Virtues of Effective Parenting (Shirley Yuen)

Dalam pada itu, BookFest@Malaysia2008 berlangsung di Dewan 5, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), 24 Mei—1 Jun 2008, 10:00 pagi—10:00 malam. (Bayaran masuk: RM2.00 untuk dewasa; percuma untuk pelajar bawah 18 tahun.)

Dengan tema “Book Enpowers”, BookFest@Malaysia2008 turut menampilkan aktiviti mini Reading Club seperti berikut di Dewan 5 KLCC:

(1) 25 Mei 2008 (Ahad), 3:00 petang – How To Talk So Kids Will Listen & Listen So Kids Will Talk diperkatakan oleh Audrey Goh

(2) 26 Mei 2008 (Isnin), 8:00 malam – The Secret diperkatakan oleh Uthaya Sankar SB (Kavyan)

(3) 27 Mei 2008 (Selasa), 8:00 malam – Built To Last diperkatakan oleh Victor Loh

(4) 31 Mei 2008 (Sabtu), 8:00 malam – The 80/20 Principles diperkatakan oleh Victor Loh

(5) 1 Jun 2008 (Ahad), 3:00 petang – Marley & Me diperkatakan oleh Uthaya Sankar SB (Kavyan)

Aktiviti Reading Club yang boleh turut disertai dalam masa terdekat adalah:

(1) 4 Jun 2008 (Rabu), 7:00 malam, KTAR, Bangunan MCA, Jalan Ampang, Kuala Lumpur – You Are What You Eat: Your Healthy Lifestyle Guide diperkatakan oleh Dato’ Steve Yap

(2) 2 Julai 2008 (Rabu), 7:00 malam, KTAR, Bangunan MCA, Jalan Ampang, Kuala Lumpur – For One More Day diperkatakan oleh Uthaya Sankar SB (Kavyan) – Hubungi Haagen (03-41499164) untuk maklumat lanjut

(3) 6 Julai 2008 (Ahad), 2:30 petang, Dewan 3, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) – P.S. I Love You diperkatakan oleh Uthaya Sankar SB (Kavyan) – Hubungi talian 03-21618044 (sambungan 418/419/420/421) untuk maklumat lanjut

(4) 9 Julai 2008 (Rabu), 7:00 malam, UTAR – Emotional Excellence in the Workplace diperkatakan oleh Dr Leonard Yong – Hubungi 03-79572818 untuk maklumat lanjut

Jika saudara berminat menjadi Mentor dalam Reading Club, sesi taklimat dan latihan akan diadakan pada 2 & 3 Ogos 2008. Dapatkan maklumat lanjut di http://www.lll.net.my/ atau hubungi talian 03-21618044 dan bercakap dengan Cik Sue atau Cik Mavis.

14 May 2008

Pesta Buku Selangor 2008

Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Selangor menganjurkan Pesta Buku Selangor 2008 pada 25 Julai hingga 3 Ogos 2008 di Kompleks PKNS, Shah Alam.

Pesta Buku Selangor 2008 dijangka akan dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor pada 25 Julai 2008.

Selain daripada pameran buku dan bahan bacaan, pelbagai aktiviti sampingan berkaitan buku dan pembacaan dirancang dengan memfokuskan kepada khalayak kanak-kanak, remaja dan ibu bapa.

Mesyuarat Jawatankuasa Induk yang pertama berlangsung pada 14 Mei 2008 di Perpustakaan Raja Tun Uda (PRTU), Shah Alam untuk membincangkan pelbagai perkara berkaitan menjayakan Pesta Buku Selangor 2008. Kavyan diwakili oleh Uthaya Sankar SB.

Antara pihak yang terlibat secara langsung dalam menjayakan aktiviti Pesta Buku Selangor 2008 adalah PPAS, Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM), Majlis Buku Kanak-kanak dan Remaja Malaysia (MBBY), Penerbit PTS, Utusan Publication dan Kumpulan Sasterawan Kavyan.

Sekitar 100 gerai dibuka untuk sewaan kepada penerbit, pengedar dan agensi berkaitan buku yang berminat menyertai Pesta Buku Selangor 2008. Tempahan sudah pun dibuka dan mana-mana pihak yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut di laman sesawang http://www.ppas.org.my/ atau melalui talian 03-55197667/7682/7679/7685/7691 (Puan Komalam, Puan Suzliana, Puan Hikmah).

Kavyan turut terlibat dalam membuat promosi dan publisiti, serta mengendalikan aktiviti sebelum dan semasa Pesta Buku Selangor 2008. Sebagaimana lazim, semua aktiviti Kavyan adalah terbuka kepada masyarakat pelbagai kaum dan dikendalikan dalam Bahasa Malaysia.

Sebagai aktiviti sebelum Pesta Buku Selangor 2008, Kavyan akan bekerjasama dengan PPAS dalam mengendalikan siri Kunjungan Sastera Kavyan pada hujung minggu di beberapa daerah di Selangor. Maklumat berkaitan akan disebarkan melalui http://www.ekavyan.cjb.net/ dari semasa ke semasa.

Aktiviti Baca Cerpen A Samad Said pula sedang dirancang untuk diadakan di PKNS semasa Pesta Buku Selangor 2008. Sesi uji bakat, pemilihan peserta dan latihan membaca cerpen di pentas akan diadakan di PRTU dalam masa terdekat.

Suatu lagi aktiviti yang sedang dirancang oleh Kavyan adalah Baca Cerita Kanak-kanak yang bertujuan menguji bakat kanak-kanak membaca buku cerita di pentas semasa Pesta Buku Selangor 2008.

Mana-mana pihak (individu/kumpulan) yang berminat menyertai atau bekerjasama dalam menjayakan aktiviti Kavyan sempena Pesta Buku Selangor 2008 dipelawa menghubungi e-mel info@kavyan.cjb.net untuk maklumat lanjut dan perbincangan.

6 May 2008

NGO India Kesal Nasib Bahasa Malaysia


AKHIR April 2008, genaplah setahun sejak Kabinet memutuskan penggunaan semula istilah “Bahasa Malaysia” apabila merujuk pada bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi Malaysia.

Walau bagaimanapun, keputusan rasmi yang dibuat adalah tidak memadai selagi tidak dipraktikkan dan dikuatkuasakan sepenuhnya secara tegas dan menyeluruh.

Sekiranya diperhatikan, masih ramai yang ingkar pada keputusan penggunaan istilah “Bahasa Malaysia”, termasuk dalam urusan rasmi.

Selain daripada soal istilah, perkara yang amat wajar diberi perhatian adalah isu penggunaan Bahasa Malaysia itu sendiri.

Pencemaran Bahasa Malaysia pada semua peringkat masih berleluasa dan menjadi bukti yang jelas bahawa semangat cinta akan Bahasa Malaysia masih berada pada paras yang amat rendah serta tidak boleh dibanggakan.

Pelbagai kempen yang dijalankan sejak puluhan tahun dahulu terbukti hanya seperti melepaskan batuk di tangga dan bermusim; tetapi tidak berkala.

Sepatutnya, kempen galakan penggunaan Bahasa Malaysia dan kempen mencintai Bahasa Malaysia bukan hanya pada musim/bulan tertentu dan dipertanggungjawabkan kepada pihak/agensi tertentu sahaja.

Memang perlu diakui bahawa ada usaha gigih oleh individu dan kumpulan kecil tertentu yang menjalankan kempen berterusan untuk mendaulatkan dan memartabatkan Bahasa Malaysia.

Kumpulan Sasterawan Kavyan, misalnya, sentiasa merancang dan mengendalikan pelbagai aktiviti bahasa dan sastera pada sepanjang tahun dengan kerjasama beberapa pihak yang sama-sama berusaha mendaulatkan Bahasa Malaysia.

Maklumat aktiviti berkenaan boleh dirujuk di http://www.kavyan.cjb.net/ dan terbuka kepada masyarakat pelbagai kaum serta peringkat umur.

Ternyata, individu dan kumpulan-kumpulan kecil yang tidak mempunyai dana dan sumber kewangan masih gigih berusaha merancang dan mengendalikan pelbagai aktiviti bahasa pada sepanjang tahun.

Maka, tidak ada alasan mengapa pertubuhan dan organisasi besar yang mempunyai dana dan peruntukan besar tidak mampu melaksanakan tanggungjawab sosial ke arah memartabatkan Bahasa Malaysia.

Namun, tepuklah dada, tanyalah selera kerana seperti kata orang tua-tua, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan; dan hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
.
Utusan Malaysia, 6 Mei 2008